Monday, December 12, 2011

ombak yang tak berapa merindu.

Assalamualaikum wbt.

Dah tengok ombak rindu? Saya belum. Baca pun tak pernah. Sesuai dengan tajuk filem itu, semacam ada satu wave atau ombak di Malaysia gara-gara fenomena filem ini. So i took the time to read the synopsis of the movie and asked a few friends who have read and watched the movie. Kenapa saya tak tengok sendiri? Banyak esaimen ehhh heheh.

Setelah mendengar cerita mereka, saya simpulkan bahawa ombak rindu itu hanya ombak semata-mata, hempaslah berapa kali sekalipun, takkan merubah pantai. Hoho ayat nak sastera saja.

Sila betulkan saya kalau saya silap, tapi menurut kawan saya izzah ini di rape oleh hariz, dan kemudian dia telah merayu hariz supaya menikahinya. Betul ke? Saya tak tahu apakah kalian akan lakukan yang sama seperti ustazah izzah ini, dan saya memang tak nak tahu pun hahah. Tapi andai saya berada di tempat izzah, tidak lah wehhhhh. Tidak masuk di akal rasanya setelah diperkosa oleh seorang stranger, saya dengan lemahnya merayu agar dinikahi olehnya. What the heck kan.

Kalau dengan selambanya dia boleh memperkosa, bermakna dia bukanlah lelaki yang baik. Dan kau nak pulak kahwin dengan lelaki yang kau tau dah memang sah-sah tak baik? Okeh cuba korang bayang, korang tengah syok jalan kat pasar malam, tetiba kena culik dan diperkosa. Korang rasa adakah setelah itu korang akan merayu kepada lelaki durjana itu untuk menikahi korang? Erk? Saya tak pernah lagi baca berita macam ni, even dalam harian metro yang suka exaggerate tu pun saya tak pernah jumpa lagi ada mangsa yang bertindak sedemikian.

Jika saya, saya akan usaha dengan segala kudrat yang saya ada untuk melepaskan diri, tak kira lah berjaya atau tidak. Yang penting usaha wehhhh. Dan andai kata saya berjaya, the first thing i'm going to do is of course lah pergi buat report di balai polis. I mean, you kena rape, takkan you nak redha je. Wanita islam bukanlah lemah, dan bukanlah boleh diperlakukan sesuka hati. Wanita islam bukanlah lemah sampai nak merayu pada si lelaki durjana untuk menikahinya.

Di situlah pentingnya education. Kalau kau terpelajar, kau tahu hak kau sebagai seorang perempuan. Confirm masuk court, kau menang. Dan lelaki durjaha aka aaron aziz itu pun selamat masuk penjara. Kau maybe dapat pampasan ke apa ke, and then move on, mulakan hidup baru, cari lelaki soleh, dan lahirkan mujahid dan mujahidah islam. Kan lebih logik di situ. Heheh. Ada ke lepas kena perkosa, merayu nak kahwin dengan si pelaku tak bermoral itu? Even muka dia hensem macam orlando bloom pun, tak kuasa saya nak kahwin dengan dia tau. Seharusnya dia yang merayu di mahkamah agar diringankan hukumannya, bukan kita yang merayu kepada dia agar dinikahi.

Okeh lah si hariz insaf pada akhirnya. TAPI. Ada tapinya. Insaf si hariz bukanlah kerana Allah, tangisan si hariz juga bukanlah kerana Allah. Tiadalah babak hariz mula bersolat dan mendekatkan diri kepada Allah. Insafnya hanya semata merindukan isteri, dan bukan merindukan kasih Allah, sedangkan kasih Allah lebih jauh darinya waktu itu. Unsur islam seakan dipolemikkan atau dijual semata untuk melaris filem, sedangkan itu bukanlah islam yang sebenar. Islam mendidik wanita agar cekal, pandai dan kuat. Cekal akan ujian, pandai kerana tahu hak kita dalam undang-undang, dan kuat pertahan maruah. Kita tak lemah.

Oh khas kepada peminat ombak rindu yang tegar, ini belog saya dan ini pendapat peribadi saya. Jangan nak emosi heuheuheu. And please refrain yourselves from doing anything stupid. Seperti membakar rumah saya atau mencalarkan kereta saya. Sebab saya tak duduk di rumah dan saya juga tak ada kereta hahahahaha. Serious weh jangan bakar rumput dan calar kereta sorong bapak saya sekalipun. Bapak saya garang. Hikhik.

Hafalan Shalat Delisa

Delisa: Delisa cinta ummi kerana Allah... :'(

Nah, sila jangan lupa tonton filem indon ini. Tak tahulah best atau tidak, tapi prospektifnya nampak baik saja haha. Bila agaknya negara kita mampu menghasilkan filem seperti luar yang sarat dengan estetika realis dan bukan tujuan komersil dan hiburan semata. Slumdog millionnaire, laskar pelangi, the kite runner, dan sebagainya. Ayuh Malaysia, kita boleh! Gila patriotik tengah malam, tampar nak?

Thursday, October 20, 2011

Wednesday, October 5, 2011

titik bundar.

Dingin. Dalam kemarau aku kedinginan.
Sunyi. Dalam keramaian aku sepi.
Tiada kata tiada bicara,
Hanya terkumpul di benak, tersimpan di dasar hati,
Tersulam dan tergumpal menjadi suatu titik bundar.

Menongkah arus ini sendiri, bak dedaun gugur dibawa angin lalu, jatuh ke air, membiar tampang tubuhku terapung, mengalah pada lajunya aliran.

Mungkin separuh hatiku bukan di sini, telah lama terbawa pergi. Namun, kupaksakan separuh lagi hati meredhai dan mengerti,
hidup ini hanya untuk Ilahi

Andai benar sunyi, andai benar sepi,
kukuatkan hati adanya Dia di sisi.

[Amirah Abdul Wahab, 01 October 2011]

Monday, September 26, 2011

untuk mak.

Salam. Mak malam ni saya rindu mak sampai menangis. Saya teringat perkara-perkara yang saya pernah buat mak sedih. Mak, hari ini saya mungkin belum berjaya. Mak mungkin belum boleh berbangga dengan saya. Tapi saya sedang berusaha, sangat berusaha mak. Sampai satu masa, saya akan buat mak jadi mak yang paling bangga dan bahagia kerana saya anak mak. Mak, hari ini saya bukan lagi budak yang ponteng sekolah, malas belajar, lawan cakap mak. Saya berusaha ubah diri saya. Saya hari ini adalah pelajar ijazah kelas pertama, dan bakal tamat peringkat sarjana. Semua ini untuk mak. Untuk setiap kali hati mak terhiris kerana saya, saya mohon maaf. Mak, tunggu saya tahu. Tak lama lagi, saya akan berjaya. Tak lama lagi saya akan jadi anak yang mak selalu inginkan. Mak dah banyak berkorban untuk saya. Biar saya pula yang berkorban untuk mak selepas ni. Walau mak takkan tahu semua ini, Allah tahu betapa banyak dosa saya pada mak dan betapa saya harap mak maafkan saya. Maafkan saya, mak, untuk segalanya. Saya sayang mak.

Sunday, September 25, 2011

tawakkal.


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah [dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya], nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar [dari segala perkara yang menyusahkannya]."

Untuk setiap yang Kau ambil dariku dan Kau berikan kepada yang lain, Kau bahagiakanlah penerimanya. Dan jauhkanlah aku dari sifat hasad dengki dan iri hati. Amin.

Friday, September 23, 2011

sukarnya menjadi baik.

Assalamualaikum.

Sudah sebulan tak update. Sejak semester baru bermula, banyak pula new things yang perlu saya adapt. Kolej kediaman baru, roommate baru, course baru, dan ehem ehem proposal untuk thesis huh takutnya. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Bermula semester baru ini juga, saya berazam (sama seperti semester sebelumnya huhu) untuk berubah menjadi lebih baik dari segi akhlak mahupun pembelajaran. Tapi sebenarnya untuk berubah menjadi baik ini susah. Ya susah saya tak tipu. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah terbiasa melakukan dosa, maka untuk berubah itu amat sukar. Bad habits are hard to get rid of. Right.

Tak percaya? Saat saya dalam zaman kejahilan dahulu, rasa sangat sukar nak melakukan solat lima waktu, apatah lagi mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Amat berat, sungguh. Kemudian Allah hadirkan seorang murabbi yang dakwahnya pada saya cukup ringkas. Dia tak pernah menegur saya secara terangan, tapi apa yang dia lakukan hanyalah mempamerkan keimanannya di hadapan saya sehingga saya malu sendiri, sehingga saya terfikir sendiri di manakah tahap iman saya. Dia menyentuh hati saya hanya dengan solatnya di awal waktu dan alunan bacaan kitab suci yang tak putus saban hari. Sehingga satu hari ketika mendengar dia membaca Al-Quran, saya bertanya pada hati saya:

"Sudah terlambatkah kalau sekarang? Kalau saya ingin berubah sekarang, bolehkah hati saya menjadi kuat untuk saya?"


Bermula saat itu, saya mencuba berubah. Ya saya tidak kata saya terus berubah secara drastik, tapi saya perbaiki sedikit demi sedikit. Takut? Ya saya amat takut waktu itu, takut hidayah yang datang ditarik kembali, takut kesedaran yang mengetuk akhirnya menyepi. Saya mulakan dengan solat lima waktu, beransur kepada membaca Al-Quran. Kemudian batas aurat dan pergaulan. Saya mula rasa malu untuk keluar berdua dengan lelaki bukan muhrim. Yalah, saya sendiri mula terfikir takkanlah seorang wanita muslim yang menjaga solat dan mengaji setiap hari boleh keluar dengan lelaki bukan muhrimnya, duduk berduaan rapat-rapat. Lalu saya berubah pula dengan hidup secara solo, maksudnya tiada lagi istilah couple. Inilah yang saya katakan perubahan sedikit demi sedikit.

Tapi ramai yang salah faham. Membaca blog dan kisah hidup orang lain tak sama dengan realiti hidup sendiri. Dengan mengikuti kisah penghijrahan orang lain, kita fikir ingin berubah menjadi baik itu mungkin mudah. Ramai yang berhijrah, malah golongan artis pun semakin ramai. Nampak mudah, tapi sukar. Sukar kerana perlunya ISTIQAMAH.

Saat saya melihat rakan lain bahagia bercinta, tentu saya sedih. Benar, ia sedikit sebanyak menggugat istiqamah yang ingin saya pertahankan tatkala teringat kekasih lama. Bila melihat rakan lain berfashion bagai hingga tidak menutup aurat sepenuhnya, saya juga teringin nampak cantik dan up-to-date. Lalu bagaimana? Jika saya, tiap kali bisikan halus ini singgah, saya beristighfar, membaca koleksi buku agama yang saya miliki, dan juga solat meminta Allah tunjukkan jalan yang lurus pada saya.

Nah kan sudah saya katakan sukarnya menjadi baik. Tapi yang lebih sukar ialah MENGEKALKAN perubahan tersebut. Kita bukan malaikat, tidak maksum, tidak terpelihara daripada melakukan dosa. Kita hanyalah mujahid dan mujahidah yang dilahirkan dengan nafsu, maka kerana itulah kita harus berperang melawan nafsu dan syaitan. Tapi jangan salah faham, tidak semua nafsu adalah negatif. Ada tujuh jenis nafsu semuanya dalam diri manusia, yang paling memudaratkan adalah nafsu amarah. Jika ada masa akan saya tuliskan tentang tujuh nafsu ini, InsyaAllah.

Konklusinya, menjadi baik memang tak mudah tapi juga tak sukar mana. Seperti saya katakan, sentiasa ingatkan diri sendiri, self-talk diri kita. Dan bergaullah dengan orang-orang yang baik, yang bilamana ukhuwah anda dengannya akan mengingatkan anda pada Allah, bukan sebaliknya. Saya sendiri masih lagi berperang, masih jauh kedamaian kerana musuh kita syaitan sangat kejam dan tidak berputus asa mengasak. Masih ada turun naiknya iman saya. Masih tetap ada melakukan dosa sedar atau tidak.

Masih belum terlambat. Sama-samalah kita perbaiki iman dan akhlak. Sukarnya menjadi baik bukan.

Ketahuilah mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.

Wednesday, August 24, 2011

miqael, izzah & iqbal.

Miqael:
Bayang-bayang luka dalam tenang air sewaktu bening subuh itulah kamu. Tiap kali aku dekat, kau berkocak lalu menghilang. Perlahan kau hilang. Dan hilang lagi. Berkali-kali.

Izzah:
Aku sudah tidak mahu hati aku lagi. Ambillah ia dan bawa ia pergi berlari. Jauh dan mengecil dari aku.

Iqbal:
Aku akan pulangkan bintang yang aku petik dari langit malammu, hanya kiranya kau pulangkan mentari yang kau curi dari langit cerahku. Hanya itu, Izzah.