I hope someday you'll find all my quotes, all my words and read them all. I hope you'll know that they're all about you.
Monday, September 26, 2011
untuk mak.
Salam. Mak malam ni saya rindu mak sampai menangis. Saya teringat perkara-perkara yang saya pernah buat mak sedih. Mak, hari ini saya mungkin belum berjaya. Mak mungkin belum boleh berbangga dengan saya. Tapi saya sedang berusaha, sangat berusaha mak. Sampai satu masa, saya akan buat mak jadi mak yang paling bangga dan bahagia kerana saya anak mak. Mak, hari ini saya bukan lagi budak yang ponteng sekolah, malas belajar, lawan cakap mak. Saya berusaha ubah diri saya. Saya hari ini adalah pelajar ijazah kelas pertama, dan bakal tamat peringkat sarjana. Semua ini untuk mak. Untuk setiap kali hati mak terhiris kerana saya, saya mohon maaf. Mak, tunggu saya tahu. Tak lama lagi, saya akan berjaya. Tak lama lagi saya akan jadi anak yang mak selalu inginkan. Mak dah banyak berkorban untuk saya. Biar saya pula yang berkorban untuk mak selepas ni. Walau mak takkan tahu semua ini, Allah tahu betapa banyak dosa saya pada mak dan betapa saya harap mak maafkan saya. Maafkan saya, mak, untuk segalanya. Saya sayang mak.
Sunday, September 25, 2011
tawakkal.
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah [dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya], nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar [dari segala perkara yang menyusahkannya]."
Untuk setiap yang Kau ambil dariku dan Kau berikan kepada yang lain, Kau bahagiakanlah penerimanya. Dan jauhkanlah aku dari sifat hasad dengki dan iri hati. Amin.
Friday, September 23, 2011
sukarnya menjadi baik.
Assalamualaikum.
Sudah sebulan tak update. Sejak semester baru bermula, banyak pula new things yang perlu saya adapt. Kolej kediaman baru, roommate baru, course baru, dan ehem ehem proposal untuk thesis huh takutnya. Mudah-mudahan dipermudahkan.
Bermula semester baru ini juga, saya berazam (sama seperti semester sebelumnya huhu) untuk berubah menjadi lebih baik dari segi akhlak mahupun pembelajaran. Tapi sebenarnya untuk berubah menjadi baik ini susah. Ya susah saya tak tipu. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah terbiasa melakukan dosa, maka untuk berubah itu amat sukar. Bad habits are hard to get rid of. Right.
Tak percaya? Saat saya dalam zaman kejahilan dahulu, rasa sangat sukar nak melakukan solat lima waktu, apatah lagi mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Amat berat, sungguh. Kemudian Allah hadirkan seorang murabbi yang dakwahnya pada saya cukup ringkas. Dia tak pernah menegur saya secara terangan, tapi apa yang dia lakukan hanyalah mempamerkan keimanannya di hadapan saya sehingga saya malu sendiri, sehingga saya terfikir sendiri di manakah tahap iman saya. Dia menyentuh hati saya hanya dengan solatnya di awal waktu dan alunan bacaan kitab suci yang tak putus saban hari. Sehingga satu hari ketika mendengar dia membaca Al-Quran, saya bertanya pada hati saya:
"Sudah terlambatkah kalau sekarang? Kalau saya ingin berubah sekarang, bolehkah hati saya menjadi kuat untuk saya?"
Bermula saat itu, saya mencuba berubah. Ya saya tidak kata saya terus berubah secara drastik, tapi saya perbaiki sedikit demi sedikit. Takut? Ya saya amat takut waktu itu, takut hidayah yang datang ditarik kembali, takut kesedaran yang mengetuk akhirnya menyepi. Saya mulakan dengan solat lima waktu, beransur kepada membaca Al-Quran. Kemudian batas aurat dan pergaulan. Saya mula rasa malu untuk keluar berdua dengan lelaki bukan muhrim. Yalah, saya sendiri mula terfikir takkanlah seorang wanita muslim yang menjaga solat dan mengaji setiap hari boleh keluar dengan lelaki bukan muhrimnya, duduk berduaan rapat-rapat. Lalu saya berubah pula dengan hidup secara solo, maksudnya tiada lagi istilah couple. Inilah yang saya katakan perubahan sedikit demi sedikit.
Tapi ramai yang salah faham. Membaca blog dan kisah hidup orang lain tak sama dengan realiti hidup sendiri. Dengan mengikuti kisah penghijrahan orang lain, kita fikir ingin berubah menjadi baik itu mungkin mudah. Ramai yang berhijrah, malah golongan artis pun semakin ramai. Nampak mudah, tapi sukar. Sukar kerana perlunya ISTIQAMAH.
Saat saya melihat rakan lain bahagia bercinta, tentu saya sedih. Benar, ia sedikit sebanyak menggugat istiqamah yang ingin saya pertahankan tatkala teringat kekasih lama. Bila melihat rakan lain berfashion bagai hingga tidak menutup aurat sepenuhnya, saya juga teringin nampak cantik dan up-to-date. Lalu bagaimana? Jika saya, tiap kali bisikan halus ini singgah, saya beristighfar, membaca koleksi buku agama yang saya miliki, dan juga solat meminta Allah tunjukkan jalan yang lurus pada saya.
Nah kan sudah saya katakan sukarnya menjadi baik. Tapi yang lebih sukar ialah MENGEKALKAN perubahan tersebut. Kita bukan malaikat, tidak maksum, tidak terpelihara daripada melakukan dosa. Kita hanyalah mujahid dan mujahidah yang dilahirkan dengan nafsu, maka kerana itulah kita harus berperang melawan nafsu dan syaitan. Tapi jangan salah faham, tidak semua nafsu adalah negatif. Ada tujuh jenis nafsu semuanya dalam diri manusia, yang paling memudaratkan adalah nafsu amarah. Jika ada masa akan saya tuliskan tentang tujuh nafsu ini, InsyaAllah.
Konklusinya, menjadi baik memang tak mudah tapi juga tak sukar mana. Seperti saya katakan, sentiasa ingatkan diri sendiri, self-talk diri kita. Dan bergaullah dengan orang-orang yang baik, yang bilamana ukhuwah anda dengannya akan mengingatkan anda pada Allah, bukan sebaliknya. Saya sendiri masih lagi berperang, masih jauh kedamaian kerana musuh kita syaitan sangat kejam dan tidak berputus asa mengasak. Masih ada turun naiknya iman saya. Masih tetap ada melakukan dosa sedar atau tidak.
Masih belum terlambat. Sama-samalah kita perbaiki iman dan akhlak. Sukarnya menjadi baik bukan.
Ketahuilah mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.

Subscribe to:
Comments (Atom)