Dah tengok ombak rindu? Saya belum. Baca pun tak pernah. Sesuai dengan tajuk filem itu, semacam ada satu wave atau ombak di Malaysia gara-gara fenomena filem ini. So i took the time to read the synopsis of the movie and asked a few friends who have read and watched the movie. Kenapa saya tak tengok sendiri? Banyak esaimen ehhh heheh.
Setelah mendengar cerita mereka, saya simpulkan bahawa ombak rindu itu hanya ombak semata-mata, hempaslah berapa kali sekalipun, takkan merubah pantai. Hoho ayat nak sastera saja.
Sila betulkan saya kalau saya silap, tapi menurut kawan saya izzah ini di rape oleh hariz, dan kemudian dia telah merayu hariz supaya menikahinya. Betul ke? Saya tak tahu apakah kalian akan lakukan yang sama seperti ustazah izzah ini, dan saya memang tak nak tahu pun hahah. Tapi andai saya berada di tempat izzah, tidak lah wehhhhh. Tidak masuk di akal rasanya setelah diperkosa oleh seorang stranger, saya dengan lemahnya merayu agar dinikahi olehnya. What the heck kan.
Kalau dengan selambanya dia boleh memperkosa, bermakna dia bukanlah lelaki yang baik. Dan kau nak pulak kahwin dengan lelaki yang kau tau dah memang sah-sah tak baik? Okeh cuba korang bayang, korang tengah syok jalan kat pasar malam, tetiba kena culik dan diperkosa. Korang rasa adakah setelah itu korang akan merayu kepada lelaki durjana itu untuk menikahi korang? Erk? Saya tak pernah lagi baca berita macam ni, even dalam harian metro yang suka exaggerate tu pun saya tak pernah jumpa lagi ada mangsa yang bertindak sedemikian.
Jika saya, saya akan usaha dengan segala kudrat yang saya ada untuk melepaskan diri, tak kira lah berjaya atau tidak. Yang penting usaha wehhhh. Dan andai kata saya berjaya, the first thing i'm going to do is of course lah pergi buat report di balai polis. I mean, you kena rape, takkan you nak redha je. Wanita islam bukanlah lemah, dan bukanlah boleh diperlakukan sesuka hati. Wanita islam bukanlah lemah sampai nak merayu pada si lelaki durjana untuk menikahinya.
Di situlah pentingnya education. Kalau kau terpelajar, kau tahu hak kau sebagai seorang perempuan. Confirm masuk court, kau menang. Dan lelaki durjaha aka aaron aziz itu pun selamat masuk penjara. Kau maybe dapat pampasan ke apa ke, and then move on, mulakan hidup baru, cari lelaki soleh, dan lahirkan mujahid dan mujahidah islam. Kan lebih logik di situ. Heheh. Ada ke lepas kena perkosa, merayu nak kahwin dengan si pelaku tak bermoral itu? Even muka dia hensem macam orlando bloom pun, tak kuasa saya nak kahwin dengan dia tau. Seharusnya dia yang merayu di mahkamah agar diringankan hukumannya, bukan kita yang merayu kepada dia agar dinikahi.
Okeh lah si hariz insaf pada akhirnya. TAPI. Ada tapinya. Insaf si hariz bukanlah kerana Allah, tangisan si hariz juga bukanlah kerana Allah. Tiadalah babak hariz mula bersolat dan mendekatkan diri kepada Allah. Insafnya hanya semata merindukan isteri, dan bukan merindukan kasih Allah, sedangkan kasih Allah lebih jauh darinya waktu itu. Unsur islam seakan dipolemikkan atau dijual semata untuk melaris filem, sedangkan itu bukanlah islam yang sebenar. Islam mendidik wanita agar cekal, pandai dan kuat. Cekal akan ujian, pandai kerana tahu hak kita dalam undang-undang, dan kuat pertahan maruah. Kita tak lemah.
Oh khas kepada peminat ombak rindu yang tegar, ini belog saya dan ini pendapat peribadi saya. Jangan nak emosi heuheuheu. And please refrain yourselves from doing anything stupid. Seperti membakar rumah saya atau mencalarkan kereta saya. Sebab saya tak duduk di rumah dan saya juga tak ada kereta hahahahaha. Serious weh jangan bakar rumput dan calar kereta sorong bapak saya sekalipun. Bapak saya garang. Hikhik.
Hafalan Shalat Delisa
Delisa: Delisa cinta ummi kerana Allah... :'(
Nah, sila jangan lupa tonton filem indon ini. Tak tahulah best atau tidak, tapi prospektifnya nampak baik saja haha. Bila agaknya negara kita mampu menghasilkan filem seperti luar yang sarat dengan estetika realis dan bukan tujuan komersil dan hiburan semata. Slumdog millionnaire, laskar pelangi, the kite runner, dan sebagainya. Ayuh Malaysia, kita boleh! Gila patriotik tengah malam, tampar nak?