Tuesday, July 12, 2011

every end is a new beginning.

Saya sanggup bertaruh seploh ringgit bahawa semua orang pun pernah rasa kehilangan. Apa dia? Seploh ringgit saja kata kau? Untuk insan kerdil lagi hina yang masih taraf seorang pelajar, seploh ringgit tu boleh beli dinner untuk tiga malam tau huh.

Right, ada yang hilang kasih sayang, hilang identiti, hilang ingatan, hilang insan tersayang, hilang dompet, hilang anak kucing, haish banyak lah kalau nak senaraikan. Saya juga pernah kehilangan, ecehh. Banyak perkara yang saya pernah hilang, tapi perkara paling bermakna yang pernah saya hilang adalah diri saya sendiri.

Orang bijak pandai ada berkata, fakir yang sebenar-benarnya adalah fakir jiwa. Fakir harta tak mengapa, tapi andai fakir jiwa, amatlah rugi. Iya sabar, saya akan terangkan apa itu fakirnya jiwa. Fakir jiwa itu apabila anda kehilangan sesuatu dalam hidup anda, anda seolah-olah kehilangan segala-galanya. Amatlah rugi, bukan. Sedangkan SEGALA yang kita ada hanyalah PINJAMAN. Dan sedia maklum bahawa bila namanya PINJAMAN, haruslah dipulangkan kembali kepada pemilik asalnya, tak gitu donk?

Lalu saya manusia yang lemah ini pun pernah terlupa. Saya sebenarnya cukup beruntung. Berpuluh tahun saya bernafas, antara perkara yang saya hilang tidaklah besar mana pun jika dibandingkan dengan manusia lain. Tapi sebab jaranglah nak bersyukur tu, one day sesuatu yang sangat bermakna bagi saya (pada masa itulah heheh), telah diambil kembali. Dan sayangnya, dengan hilangnya sesuatu itu, saya kehilangan diri saya sendiri. Saya menjadi fakir yang sebenar-benarnya fakir iaitu fakir jiwa. Justeru saya terlupa siapa diri saya untuk satu waktu yang gelap. Andai kini saya imbas kembali waktu itu, saya macam tak percaya itu saya. Betapa hati saya mampu dikucar-kacirkan oleh ujian sekecil itu. Alhamdulillah, tuhan sangat sayangkan saya. Waktu itu akhirnya berlalu juga.

You can make the jump anytime, but make sure it's worth it.

Yang ingin saya tulis di sini ialah di saat dunia terasa kosong, carilah Allah. Tolonglah cari Allah, saya mohon. Kerana itulah yang menyelamatkan saya. Bisa saja saya menjadi manusia liar, merajuk dengan takdir mahupun bertukar menjadi seorang pemberontak. Dan mereka inilah yang memimpin saya mencari Allah. Mereka yang saya panggil sebagai sahabat. Tak kiralah sahabat anda pakai tudung ke, tak pakai ke, asal dari sekolah agama ke, atau pakai short skirt ke, ataupun solat dia tak cukup lima waktu pun, asalkan dia bukakan jalan kita kepada Allah, lalu laluilah jalan-jalan tersebut.

Pernah tak anda terfikir macam, elehh boleh pulak nak nasihat gua, lu pun pergi clubbing. Ataupun korang akan cakap, alah aku nak cari ketenangan, konpem lah minah ni tak boleh tolong, dia pun pakai seksi meksi mana nak tenang hidup dia. Ehh tolong stop okay. Sebab dalam waktu saya kehilangan dahulu, semua sahabat saya secara automatik dan drastik telah membuka jalan yang maha luas kepada Allah. Tak kiralah yang pakai tudung labuh ke, dah seploh tahun tak mengaji ke, tak pernah pergi masjid ke, mereka telah bukakan jalan-jalan itu ecehh.

Therefore, please suspend your judgment. Yang judge itu biarlah Allah sahaja, okay. Tak perlu rasa anda baik sopan santun pijak semut anda yang pengsan, tak perlu. Sebab cuba anda fikir, mungkin anda tak ponteng solat sebab tak ada rakan anda yang ajak, anda tak couple buat ringan-ringan kerana tak ada orang berkenan kat korang. Anda mungkin hanya tak berbuat demikian kerana kesempatan itu tak singgah dalam hidup korang. Ujian tu tak datang pada anda. Macam mana kalau one day nanti anda bercouple pastu sedar-sedar anda pun buat perkara yang sama. Atau tetiba dapat member baru ajak ponteng solat sebab nak tengok wayang. Siapa tahu dalam situasi begitu, anda kalah. Hanya kerana anda solat lima waktu, anda tak ada hak untuk judge mana-mana hamba Allah yang lain, kerana mungkin anda tidak diuji seperti mereka lagi. Tapi kamu boleh nasihat, itu free of charge heheh. Nak dengar tak nak itu depends on them.

Cerita kehilangan itu saya sudah tutup bukunya. Simpan dalam library atas rak paling tinggi. Bila-bila saya rasa lupa diri macam hebat sangatlah konon sampai puncak tinggi amat, saya akan terpandang buku tersebut. Dan ingat siapa saya dahulu. Ingat bahawa saya juga boleh jatuh cedera dan luka. Dan dengan tutupnya buku tersebut, bermulalah tulisan baru ini di laman yang baru pula. Every end is a new beginning, no?

No comments:

Post a Comment