Saya suka kad hari raya yang boleh disentuh. Bermakna saya mahu ia wujud dalam bentuk jirim pepejal yang boleh dibelek. Tapi sudah lima tahun saya cuma mendapat kad hari raya dalam bentuk digital, iaitu sama ada di facebook atau melalui sms. It kills the joy, don't you think?
Kenapa saya suka kad yang boleh disentuh?
Sebab saya old-school? Betul.
Sebab saya sentimental? Betul.
Sebab saya mengada-ngada? Eh betul jugak.
Tapi yang lebih betulnya ialah sebab saya tahu menulis dan menghantar kad raya adalah satu kerja yang rumit dan teliti, bermula dari proses memilih kad raya, memilih sampul, mengarang ayat skema, membeli setem, melekat setem, menulis alamat yang betul, dan mengepos ke pejabat pos yang berdekatan. LECEH.
Cuba bandingkan dengan proses tagging di facebook. Upload satu kad raya, tak perlu setem, tak perlu tahu alamat penerima, terus tag enam belas ratus ribu orang untuk satu kad yang sama. Hanya lima makrosaat yang diperlukan. JIMAT.
Tapi kerana lecehnya kad raya yang dipos itulah yang buat saya tertunggu tiap tahun. Cuba korang ingat balik masa kecik-kecik, mesti nak bertanding dengan member siapa dapat kad raya paling banyak. Bajet artis paling popular kalah Anugerah Bintang Popular kehkehkeh. Tapi saya tak, saya baik. Saya bertanding dengan jiran sebelah je. Eh?
Zaman pesta muda-mudi atau zaman dolu-dolu atau zaman ohsem, saya suka hantar kad hari raya kartun-kartun. Comel, kelakar dan nampak la sikit muda belia hahaha. Ok slap slap tak sedar diri.
Pertama, cuba ingat balik perasaan dia masa dapat kad raya. Excited gila nak mampus. Mesti nak hidu dulu sampul, pastu bukak penuh berhemah sebab sayang kalau sampul koyak, pastu baca pantun pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. Entah pehal semua orang pakat guna pantun sama, nampak sangat copy paste, niat nak dapat balasan terang-terangan.
Dan kedua, kad raya tu memang intended untuk kita sorang je. Tak payah nak share dengan orang lain. Barulah special kan. Dan kita tahu betapa susahnya cabaran yang pengirim tu terpaksa lalui untuk hantar kad itu pada kita. Nevertheless, dia sanggup. Hah kau tak rasa special ke? Bila nak dapat tu lebih susah, kau akan lebih hargai.
Ketiga, orang lain tak boleh tumpang sekaki tujuh kaki nak baca sekali. So bolehlah nak tulis ucapan peribadi tak gitu? Contoh kau tag kad raya facebook kat kawan baik kau, 'Selamat hari raya dan jangan lupa plan kita nak curik rambutan cikgu sidek esok heheh.' Nak pulak cikgu sidek ada facebook jugak, kantoi saja kan. So menulis kad raya lebih afdal dan selamat.
Amaran: Sila jangan tiru aksi di atas. Ia hanya contoh semata. Sebarang keterlanjuran tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas saya. Terimakaseh.
Keempat, yang ini pendirian peribadi sayalah. Bagi saya, sesiapa yang mendapat kad raya itu lebih istimewa di hati pengirim eceh. Kau bayang, kawan kat facebook je dah tiga ratus empat perpuluhan sembilan billion. Takkan nak send kat semua, betul? So kau akan pilih yang betul-betul kau sayang, cinta, dan kasih. Dan juga, sesuatu yang boleh disentuh itu lebih indah dari kau tengok saja dalam skrin laptop. Sebab tu kalau dah jatuh cinta, kahwin terus. Jangan ngedate banyak. Ngedate pun tengok saja, tak sedap. Yang ngedate tapi sentuh itu lagi meroyan. Itu ibarat ambil kad raya orang lain heheh.
Rasa nak hantar kad raya tahun ni. Ehem dah terlambat dah tapi. Terimakaseh yang tak terhingga pada Cik Rahika atas kiriman kad raya anda. Saya siap berdebat dengan ayah saya, dia kata kad kawen, saya cakap kad raya. Heh kan saya menang. Ayah saya merajuk sebab kalah so saya terpaksa bagi dia ambik setem pada sampul itu huh.

No comments:
Post a Comment