Monday, December 12, 2011

ombak yang tak berapa merindu.

Assalamualaikum wbt.

Dah tengok ombak rindu? Saya belum. Baca pun tak pernah. Sesuai dengan tajuk filem itu, semacam ada satu wave atau ombak di Malaysia gara-gara fenomena filem ini. So i took the time to read the synopsis of the movie and asked a few friends who have read and watched the movie. Kenapa saya tak tengok sendiri? Banyak esaimen ehhh heheh.

Setelah mendengar cerita mereka, saya simpulkan bahawa ombak rindu itu hanya ombak semata-mata, hempaslah berapa kali sekalipun, takkan merubah pantai. Hoho ayat nak sastera saja.

Sila betulkan saya kalau saya silap, tapi menurut kawan saya izzah ini di rape oleh hariz, dan kemudian dia telah merayu hariz supaya menikahinya. Betul ke? Saya tak tahu apakah kalian akan lakukan yang sama seperti ustazah izzah ini, dan saya memang tak nak tahu pun hahah. Tapi andai saya berada di tempat izzah, tidak lah wehhhhh. Tidak masuk di akal rasanya setelah diperkosa oleh seorang stranger, saya dengan lemahnya merayu agar dinikahi olehnya. What the heck kan.

Kalau dengan selambanya dia boleh memperkosa, bermakna dia bukanlah lelaki yang baik. Dan kau nak pulak kahwin dengan lelaki yang kau tau dah memang sah-sah tak baik? Okeh cuba korang bayang, korang tengah syok jalan kat pasar malam, tetiba kena culik dan diperkosa. Korang rasa adakah setelah itu korang akan merayu kepada lelaki durjana itu untuk menikahi korang? Erk? Saya tak pernah lagi baca berita macam ni, even dalam harian metro yang suka exaggerate tu pun saya tak pernah jumpa lagi ada mangsa yang bertindak sedemikian.

Jika saya, saya akan usaha dengan segala kudrat yang saya ada untuk melepaskan diri, tak kira lah berjaya atau tidak. Yang penting usaha wehhhh. Dan andai kata saya berjaya, the first thing i'm going to do is of course lah pergi buat report di balai polis. I mean, you kena rape, takkan you nak redha je. Wanita islam bukanlah lemah, dan bukanlah boleh diperlakukan sesuka hati. Wanita islam bukanlah lemah sampai nak merayu pada si lelaki durjana untuk menikahinya.

Di situlah pentingnya education. Kalau kau terpelajar, kau tahu hak kau sebagai seorang perempuan. Confirm masuk court, kau menang. Dan lelaki durjaha aka aaron aziz itu pun selamat masuk penjara. Kau maybe dapat pampasan ke apa ke, and then move on, mulakan hidup baru, cari lelaki soleh, dan lahirkan mujahid dan mujahidah islam. Kan lebih logik di situ. Heheh. Ada ke lepas kena perkosa, merayu nak kahwin dengan si pelaku tak bermoral itu? Even muka dia hensem macam orlando bloom pun, tak kuasa saya nak kahwin dengan dia tau. Seharusnya dia yang merayu di mahkamah agar diringankan hukumannya, bukan kita yang merayu kepada dia agar dinikahi.

Okeh lah si hariz insaf pada akhirnya. TAPI. Ada tapinya. Insaf si hariz bukanlah kerana Allah, tangisan si hariz juga bukanlah kerana Allah. Tiadalah babak hariz mula bersolat dan mendekatkan diri kepada Allah. Insafnya hanya semata merindukan isteri, dan bukan merindukan kasih Allah, sedangkan kasih Allah lebih jauh darinya waktu itu. Unsur islam seakan dipolemikkan atau dijual semata untuk melaris filem, sedangkan itu bukanlah islam yang sebenar. Islam mendidik wanita agar cekal, pandai dan kuat. Cekal akan ujian, pandai kerana tahu hak kita dalam undang-undang, dan kuat pertahan maruah. Kita tak lemah.

Oh khas kepada peminat ombak rindu yang tegar, ini belog saya dan ini pendapat peribadi saya. Jangan nak emosi heuheuheu. And please refrain yourselves from doing anything stupid. Seperti membakar rumah saya atau mencalarkan kereta saya. Sebab saya tak duduk di rumah dan saya juga tak ada kereta hahahahaha. Serious weh jangan bakar rumput dan calar kereta sorong bapak saya sekalipun. Bapak saya garang. Hikhik.

Hafalan Shalat Delisa

Delisa: Delisa cinta ummi kerana Allah... :'(

Nah, sila jangan lupa tonton filem indon ini. Tak tahulah best atau tidak, tapi prospektifnya nampak baik saja haha. Bila agaknya negara kita mampu menghasilkan filem seperti luar yang sarat dengan estetika realis dan bukan tujuan komersil dan hiburan semata. Slumdog millionnaire, laskar pelangi, the kite runner, dan sebagainya. Ayuh Malaysia, kita boleh! Gila patriotik tengah malam, tampar nak?

Thursday, October 20, 2011

Wednesday, October 5, 2011

titik bundar.

Dingin. Dalam kemarau aku kedinginan.
Sunyi. Dalam keramaian aku sepi.
Tiada kata tiada bicara,
Hanya terkumpul di benak, tersimpan di dasar hati,
Tersulam dan tergumpal menjadi suatu titik bundar.

Menongkah arus ini sendiri, bak dedaun gugur dibawa angin lalu, jatuh ke air, membiar tampang tubuhku terapung, mengalah pada lajunya aliran.

Mungkin separuh hatiku bukan di sini, telah lama terbawa pergi. Namun, kupaksakan separuh lagi hati meredhai dan mengerti,
hidup ini hanya untuk Ilahi

Andai benar sunyi, andai benar sepi,
kukuatkan hati adanya Dia di sisi.

[Amirah Abdul Wahab, 01 October 2011]

Monday, September 26, 2011

untuk mak.

Salam. Mak malam ni saya rindu mak sampai menangis. Saya teringat perkara-perkara yang saya pernah buat mak sedih. Mak, hari ini saya mungkin belum berjaya. Mak mungkin belum boleh berbangga dengan saya. Tapi saya sedang berusaha, sangat berusaha mak. Sampai satu masa, saya akan buat mak jadi mak yang paling bangga dan bahagia kerana saya anak mak. Mak, hari ini saya bukan lagi budak yang ponteng sekolah, malas belajar, lawan cakap mak. Saya berusaha ubah diri saya. Saya hari ini adalah pelajar ijazah kelas pertama, dan bakal tamat peringkat sarjana. Semua ini untuk mak. Untuk setiap kali hati mak terhiris kerana saya, saya mohon maaf. Mak, tunggu saya tahu. Tak lama lagi, saya akan berjaya. Tak lama lagi saya akan jadi anak yang mak selalu inginkan. Mak dah banyak berkorban untuk saya. Biar saya pula yang berkorban untuk mak selepas ni. Walau mak takkan tahu semua ini, Allah tahu betapa banyak dosa saya pada mak dan betapa saya harap mak maafkan saya. Maafkan saya, mak, untuk segalanya. Saya sayang mak.

Sunday, September 25, 2011

tawakkal.


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah [dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya], nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar [dari segala perkara yang menyusahkannya]."

Untuk setiap yang Kau ambil dariku dan Kau berikan kepada yang lain, Kau bahagiakanlah penerimanya. Dan jauhkanlah aku dari sifat hasad dengki dan iri hati. Amin.

Friday, September 23, 2011

sukarnya menjadi baik.

Assalamualaikum.

Sudah sebulan tak update. Sejak semester baru bermula, banyak pula new things yang perlu saya adapt. Kolej kediaman baru, roommate baru, course baru, dan ehem ehem proposal untuk thesis huh takutnya. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Bermula semester baru ini juga, saya berazam (sama seperti semester sebelumnya huhu) untuk berubah menjadi lebih baik dari segi akhlak mahupun pembelajaran. Tapi sebenarnya untuk berubah menjadi baik ini susah. Ya susah saya tak tipu. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah terbiasa melakukan dosa, maka untuk berubah itu amat sukar. Bad habits are hard to get rid of. Right.

Tak percaya? Saat saya dalam zaman kejahilan dahulu, rasa sangat sukar nak melakukan solat lima waktu, apatah lagi mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Amat berat, sungguh. Kemudian Allah hadirkan seorang murabbi yang dakwahnya pada saya cukup ringkas. Dia tak pernah menegur saya secara terangan, tapi apa yang dia lakukan hanyalah mempamerkan keimanannya di hadapan saya sehingga saya malu sendiri, sehingga saya terfikir sendiri di manakah tahap iman saya. Dia menyentuh hati saya hanya dengan solatnya di awal waktu dan alunan bacaan kitab suci yang tak putus saban hari. Sehingga satu hari ketika mendengar dia membaca Al-Quran, saya bertanya pada hati saya:

"Sudah terlambatkah kalau sekarang? Kalau saya ingin berubah sekarang, bolehkah hati saya menjadi kuat untuk saya?"


Bermula saat itu, saya mencuba berubah. Ya saya tidak kata saya terus berubah secara drastik, tapi saya perbaiki sedikit demi sedikit. Takut? Ya saya amat takut waktu itu, takut hidayah yang datang ditarik kembali, takut kesedaran yang mengetuk akhirnya menyepi. Saya mulakan dengan solat lima waktu, beransur kepada membaca Al-Quran. Kemudian batas aurat dan pergaulan. Saya mula rasa malu untuk keluar berdua dengan lelaki bukan muhrim. Yalah, saya sendiri mula terfikir takkanlah seorang wanita muslim yang menjaga solat dan mengaji setiap hari boleh keluar dengan lelaki bukan muhrimnya, duduk berduaan rapat-rapat. Lalu saya berubah pula dengan hidup secara solo, maksudnya tiada lagi istilah couple. Inilah yang saya katakan perubahan sedikit demi sedikit.

Tapi ramai yang salah faham. Membaca blog dan kisah hidup orang lain tak sama dengan realiti hidup sendiri. Dengan mengikuti kisah penghijrahan orang lain, kita fikir ingin berubah menjadi baik itu mungkin mudah. Ramai yang berhijrah, malah golongan artis pun semakin ramai. Nampak mudah, tapi sukar. Sukar kerana perlunya ISTIQAMAH.

Saat saya melihat rakan lain bahagia bercinta, tentu saya sedih. Benar, ia sedikit sebanyak menggugat istiqamah yang ingin saya pertahankan tatkala teringat kekasih lama. Bila melihat rakan lain berfashion bagai hingga tidak menutup aurat sepenuhnya, saya juga teringin nampak cantik dan up-to-date. Lalu bagaimana? Jika saya, tiap kali bisikan halus ini singgah, saya beristighfar, membaca koleksi buku agama yang saya miliki, dan juga solat meminta Allah tunjukkan jalan yang lurus pada saya.

Nah kan sudah saya katakan sukarnya menjadi baik. Tapi yang lebih sukar ialah MENGEKALKAN perubahan tersebut. Kita bukan malaikat, tidak maksum, tidak terpelihara daripada melakukan dosa. Kita hanyalah mujahid dan mujahidah yang dilahirkan dengan nafsu, maka kerana itulah kita harus berperang melawan nafsu dan syaitan. Tapi jangan salah faham, tidak semua nafsu adalah negatif. Ada tujuh jenis nafsu semuanya dalam diri manusia, yang paling memudaratkan adalah nafsu amarah. Jika ada masa akan saya tuliskan tentang tujuh nafsu ini, InsyaAllah.

Konklusinya, menjadi baik memang tak mudah tapi juga tak sukar mana. Seperti saya katakan, sentiasa ingatkan diri sendiri, self-talk diri kita. Dan bergaullah dengan orang-orang yang baik, yang bilamana ukhuwah anda dengannya akan mengingatkan anda pada Allah, bukan sebaliknya. Saya sendiri masih lagi berperang, masih jauh kedamaian kerana musuh kita syaitan sangat kejam dan tidak berputus asa mengasak. Masih ada turun naiknya iman saya. Masih tetap ada melakukan dosa sedar atau tidak.

Masih belum terlambat. Sama-samalah kita perbaiki iman dan akhlak. Sukarnya menjadi baik bukan.

Ketahuilah mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah.

Wednesday, August 24, 2011

miqael, izzah & iqbal.

Miqael:
Bayang-bayang luka dalam tenang air sewaktu bening subuh itulah kamu. Tiap kali aku dekat, kau berkocak lalu menghilang. Perlahan kau hilang. Dan hilang lagi. Berkali-kali.

Izzah:
Aku sudah tidak mahu hati aku lagi. Ambillah ia dan bawa ia pergi berlari. Jauh dan mengecil dari aku.

Iqbal:
Aku akan pulangkan bintang yang aku petik dari langit malammu, hanya kiranya kau pulangkan mentari yang kau curi dari langit cerahku. Hanya itu, Izzah.

wordless wednesday: don't be scared.

Don't be scared. It's true that there's only one of him. But there's always someone for you. 
Even if it's not him. Allah promised us that in His letters of love 'The Koran'.

marry them.

Distance kills love. I truly believe that. Especially a love that has only started.

Banyak seh jemputan kawen lepas raya. Habislah jadual padat kalah retiss. Heheh.

So when you reached that one point where you can love someone forever, marry them. So that you can see their faces everyday, make them laugh, wipe their tears away, blame them for silly mistakes you made, start a life together, and die in their arms. Marry them. Just marry them. - Effa Hamid, 2011

Selamat mendirikan baitulmasjid para pejuang dan srikandi Islam.
Saya nak duduk meja pengantin chup! Tak memasal huh tampar kang.

the key to success.

"What lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us." - Oliver Wendell Holmes.

Whenever I find the key to success, someone changes the lock.
This is what I feel these days.
But even if I was left with the last breath on my chest, let me run.
Let me run straight to Allah and nothing else.
Amen.

Tuesday, August 23, 2011

kad raya.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya suka kad hari raya yang boleh disentuh. Bermakna saya mahu ia wujud dalam bentuk jirim pepejal yang boleh dibelek. Tapi sudah lima tahun saya cuma mendapat kad hari raya dalam bentuk digital, iaitu sama ada di facebook atau melalui sms. It kills the joy, don't you think?

Kenapa saya suka kad yang boleh disentuh?

Sebab saya old-school? Betul.

Sebab saya sentimental? Betul.

Sebab saya mengada-ngada? Eh betul jugak.

Tapi yang lebih betulnya ialah sebab saya tahu menulis dan menghantar kad raya adalah satu kerja yang rumit dan teliti, bermula dari proses memilih kad raya, memilih sampul, mengarang ayat skema, membeli setem, melekat setem, menulis alamat yang betul, dan mengepos ke pejabat pos yang berdekatan. LECEH.

Cuba bandingkan dengan proses tagging di facebook. Upload satu kad raya, tak perlu setem, tak perlu tahu alamat penerima, terus tag enam belas ratus ribu orang untuk satu kad yang sama. Hanya lima makrosaat yang diperlukan. JIMAT.

Tapi kerana lecehnya kad raya yang dipos itulah yang buat saya tertunggu tiap tahun. Cuba korang ingat balik masa kecik-kecik, mesti nak bertanding dengan member siapa dapat kad raya paling banyak. Bajet artis paling popular kalah Anugerah Bintang Popular kehkehkeh. Tapi saya tak, saya baik. Saya bertanding dengan jiran sebelah je. Eh?

Zaman pesta muda-mudi atau zaman dolu-dolu atau zaman ohsem, saya suka hantar kad hari raya kartun-kartun. Comel, kelakar dan nampak la sikit muda belia hahaha. Ok slap slap tak sedar diri.

Pertama, cuba ingat balik perasaan dia masa dapat kad raya. Excited gila nak mampus. Mesti nak hidu dulu sampul, pastu bukak penuh berhemah sebab sayang kalau sampul koyak, pastu baca pantun pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. Entah pehal semua orang pakat guna pantun sama, nampak sangat copy paste, niat nak dapat balasan terang-terangan.

Dan kedua, kad raya tu memang intended untuk kita sorang je. Tak payah nak share dengan orang lain. Barulah special kan. Dan kita tahu betapa susahnya cabaran yang pengirim tu terpaksa lalui untuk hantar kad itu pada kita. Nevertheless, dia sanggup. Hah kau tak rasa special ke? Bila nak dapat tu lebih susah, kau akan lebih hargai.

Ketiga, orang lain tak boleh tumpang sekaki tujuh kaki nak baca sekali. So bolehlah nak tulis ucapan peribadi tak gitu? Contoh kau tag kad raya facebook kat kawan baik kau, 'Selamat hari raya dan jangan lupa plan kita nak curik rambutan cikgu sidek esok heheh.' Nak pulak cikgu sidek ada facebook jugak, kantoi saja kan. So menulis kad raya lebih afdal dan selamat.

Amaran: Sila jangan tiru aksi di atas. Ia hanya contoh semata. Sebarang keterlanjuran tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas saya. Terimakaseh.

Keempat, yang ini pendirian peribadi sayalah. Bagi saya, sesiapa yang mendapat kad raya itu lebih istimewa di hati pengirim eceh. Kau bayang, kawan kat facebook je dah tiga ratus empat perpuluhan sembilan billion. Takkan nak send kat semua, betul? So kau akan pilih yang betul-betul kau sayang, cinta, dan kasih. Dan juga, sesuatu yang boleh disentuh itu lebih indah dari kau tengok saja dalam skrin laptop. Sebab tu kalau dah jatuh cinta, kahwin terus. Jangan ngedate banyak. Ngedate pun tengok saja, tak sedap. Yang ngedate tapi sentuh itu lagi meroyan. Itu ibarat ambil kad raya orang lain heheh.

Rasa nak hantar kad raya tahun ni. Ehem dah terlambat dah tapi. Terimakaseh yang tak terhingga pada Cik Rahika atas kiriman kad raya anda. Saya siap berdebat dengan ayah saya, dia kata kad kawen, saya cakap kad raya. Heh kan saya menang. Ayah saya merajuk sebab kalah so saya terpaksa bagi dia ambik setem pada sampul itu huh.

Thursday, August 18, 2011

wordless wednesday: bila kita jumpa di surga.

"Percayalah, jodoh itu rahsia Allah. Insan yang tepat akan hadir di waktu yang tepat. Jika bukan jodoh di dunia, kita merasa di syurga. Kalau mahu jumpa di syurga, amalan di dunia kena jaga." - Nusrah, 2011

Bila kita jumpa di surga
Adakah kau.. kenaliku lagi
Atau hanya seperti jumpa kita di bumi
Sekedar pandang lalu pergi menghilang
Akukah debu kecil yang kau tepis
Lembut, namun perih menorehku
Salah aku..
Maaf..
Telah mencintai, tanpa permisi
Bila kita jumpa di surga
Semoga jiwaku masih menyimpan pesonamu
Setitik fana yang kugenggam bersama bara dunia
Kurenung dalam do'a
Kuukir pada mihrab cinta
Namun, kau bukan bintangku
Pupus engkau dari langit hatiku
Pudar dalam lamun yang lain
Bila kita jumpa di surga
Tersenyumlah saja
Itu cukup mengobat rindu dahulu
Mungkin kita memang tak jumpa di ruang dunia
Setidaknya, sempat aku menemukan pendarmu
Dalam temu imagi
Hingga refleksi rasaku pada satu asa
Semoga..
Jika tidak ada kita
Mungkin kau dan dia
Aku dan yang lainnya
Semua.. dalam Bahagia
Bila kita jumpa di surga
Maka tiada sedih lagi
Jiwa bersujud lega
Harapanku berjawab
Kita bahagia, meski tak bersama
Bila kita jumpa di surga

Fiani Gee (April 2011)

Tuesday, August 16, 2011

andai saya seorang guru.

Sudah lima minggu saya mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di kelas 1 Fir ini. Saya dapati rutin setiap hari sama saja; cuma dua tiga orang pelajar yang bersungguh menyalin, mendengar, membuat latihan apatah lagi membawa buku latihan ke sekolah. Sungguh, saya kecewa. Cuma tidak pernah saya menzahirkan. Sekadar memerhati dahulu.

Dan dalam memerhati, saya mendengar dalam diam. Mendengar caci maki sesama mereka, gurau kasar anak muda yang berdarah panas. Dari situ, saya temukan salasilah keluarga yang rosak, kenalan luar yang berpengaruh, serta bermacam unsur nurture yang menyebalkan. Yes, they are not the product of nature, but they are nurtured to be who they are today. Peperangan antara persekitaran dan semulajadi. Yang tersepit adalah mereka. Lalu siapakah yang harus saya hukum di dalam kelas? Pelajar saya, ibubapa mereka, atau takdir?

Hari ini masuk minggu keenam. Masih sama, tiada yang berubah. Yang di barisan belakang tidur, barisan tengah tidak membawa buku, barisan depan membuat bising. Yang selebihnya ponteng. Saya berdiri di depan kelas. Diam. Tangan memeluk tubuh. Erat. Saya arah semua pelajar berdiri. Ambil buku masing-masing dan ikut saya keluar kelas. Mereka terpinga dan hasilnya segerombolan mengikut saya. Ada riak hairan juga teruja di wajah mereka. Saya sudah jangka ini, benda yang tak pernah dibuat mestilah teruja walaupun takut, bukan? Macam ponteng kelas pertama kali. Sama bukan?

Great Teacher Onizuka. Kau mampu? Kehkehkeh.

Saya berhenti di tapak simen perhimpunan. Saya arahkan mereka menyerahkan buku-buku kepada saya. Dengan buku-buku di tangan saya, saya memandang satu persatu wajah mereka. Wajah yang berlagak dewasa saban hari depan guru-guru. Kalaulah mereka tahu sakit derita menjadi dewasa. Kalaulah. Cuaca begitu dingin, hujan baru saja berhenti. Saya menyuruh mereka pandang ke belakang, lihat langit. Ada pelangi samar di situ. Beberapa saat berlalu.

Saya: Apa yang kamu nampak?
Mereka: Tak nampak apa-apa. Hahah.
Saya: Orang buta pun tahu nampak apa lepas hujan. Kamu buta ke?
Mereka: Aah, teacher ni bising lah. Pelangi lah. Ingat kitorang buta? Tahulah.
Saya: Kamu nampak pelangi tu sebab saya suruh kamu lihat, betul?

Diam.

Saya: BETUL??
Mereka: Betul...
Saya: Salah! Kamu nampak pelangi tu sebab kamu memilih untuk melihatnya. Kamu boleh saja memilh untuk tidak hiraukan arahan saya, tapi kamu sendiri yang memilih untuk melihatnya tadi. Kamu yang memilih.
Mereka: Dah tu kenapanya?

Di belakang saya, adanya pentas perhimpunan bertiangkan dua bendera. Saya campakkan buku-buku mereka di situ. Campak. Berterabur. Bertimpa antara satu sama lain. Sunyi. Heh takutkah?

Saya: Kamu semua berada di kelas belakang bukan kerana kamu bodoh. Tapi kerana kamu penakut. Takut untuk bermimpi, untuk punya impian. Kamu fikir hidup kamu semua sempurna sekarang? Sempurnakah dengan ibu ayah bergaduh setiap malam, pergi sekolah lewat sebab tolong mak jual kuih, orang kutip hutang datang rumah setiap hari, ayah tak bagi wang saku sebab berjudi, abang berhenti sekolah jadi pemandu lori? Kamu rasa sempurna hidup begini? Sempurna?

Info ringkas. Teknik ini dinamakan mengeksploitasi maklumat peribadi mereka yang dikumpul daripada pemerhatian selama lima minggu. Sekian terima kasih.

Saya: Kamu mungkin fikir dah tak ada guna belajar, nasib kamu dah ditentukan sejak lahir, anak penjudi, anak pemandu lori, anak orang susah. Tapi sebenarnya kamu penakut. Takut untuk bermimpi bahawa kamu juga boleh berjaya. Takut untuk melihat mimpi sendiri. Hakikatnya setiap dari kamu ada impian sendiri. Yang membezakan kamu semua adalah siapa yang memilih untuk melihat impian mereka dan siapa yang takut untuk melihatnya. Pelangi itu nampak jauh bukan? Tapi kamu masih mampu melihatnya, kerana kamu yang memilih untuk melihatnya. Pilihan kamu. Bukan saya, bukan mak ayah kamu. Tapi kamu. Sebab hanya kamulah yang boleh ubah hidup kamu sendiri.

Saya mencapai satu demi satu buku. Saya angkat tinggi dan belek setiap mukasurat di depan mereka, supaya mereka lihat isi kandungannya. Kosong. Minggu keenam tapi buku masih kosong. Kerja sekolah yang tak pernah disentuh.

Saya: Buku ini adalah impian kamu. Orang susah seperti kamu akan mati tanpa impian. Sebab hanya itu yang kamu ada. Impilah setinggi mana pun, berlari kuat-kuat untuk dapatkan impian kamu. Tanpa impian, hidup kamu akan kosong. Seperti buku ini. Kosong, tak ada apa. Tapi jika kamu mahu bermimpi dan punya impian, kamu penuhilah setiap muka yang kosong ini dengan ilmu, sebab ilmu itu akan membawa kamu dekat dengan impian. Saya tak mampu menjelmakan impian kamu di depan mata kamu, tapi saya akan membantu kamu mendapatkan impian itu. Ini janji saya. Dan percayalah, suatu masa nanti kamu takkan mahu anak kamu punya hidup yang sama seperti kamu. Kalau kamu tak mahu anak kamu berayahkan penjudi, punya ibu bapa yang cuma bertengkar, kamu ubahlah hidup kamu. Jika kamu rasa hidup kamu derita hari ini, adakah kamu mahu anak kamu melalui yang sama?

Saya: Kelak orang akan bertanya. Ingatkah pada Sarip? Siapa Sarip? Entah. Tak ada siapa yang akan ingat kamu. Sebab kamu tak memberi kesan dalam hidup mereka. Tapi dengan impian, orang akan berkata. Mestilah ingat. Sarip yang beria-ia mahu menjadi doktor tu. Yang belajar sungguh-sungguh, rajin buat kerja sekolah, pergi kelas tambahan. Ingat, selalulah jadi tapak kaki yang akan tinggalkan ingatan baik pada hidup orang lain. Walau kamu dah mati, kamu akan hidup dalam hati mereka, bersama impian yang kamu juangkan.

Saya memandang sekilas ke arah Sarip. Sengaja saya bagi contoh namanya. Pelajar paling nakal, haruslah. Air matanya bergenang. Bagus heheh.

Saya: Sesiapa yang rasa dia ada impian dalam hati, boleh ambil buku kamu kembali di atas pentas ini. Dan penuhkanlah setiap mukasurat ini dengan impian. Biar merimbun dengan ilmu, biar tebal dengan harapan. Sesiapa yang tak mahu ada impian, kamu boleh tinggal buku kamu di sini. Saya akan simpan. Tak perlu ambil kembali. Tak perlu lagi belajar di kelas. Duduk saja dan saya akan biarkan kamu dan hidup kosong kamu. Tapi sekiranya suatu hari nanti kamu temukan impian kamu, kamu boleh pulang bila-bila masa sahaja. Beritahu saya, dan kita akan kejarkan impian itu bersama.

Saya membuat keputusan untuk tidak tinggal dan tidak melihat siapa yang mengambil buku dan siapa yang tidak. Pertama, mungkin mereka malu nak ambil kalau saya ada. Kedua, mungkin saya yang malu kalau tak ada yang ambil heheh. Saya menggalas handbag dan memegang buku rekod. Sebelum beredar, saya bagi sepotong ayat yang saya curik dari Andrea Hirata. Harap-harap mereka tak baca novel beliau, kalau tak kantoi.

Saya: Bermimpilah. Maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi kamu.

Pelajar perempuan sudah teresak menangis. Yang lelakinya ada yang mengalir air mata saja, ada yang bergenang saja, yang merah-merah saja pun ada. Dan ada juga yang langsung tak menangis. Cuma mencebik. Itu hardcore betul. Belum insaf rupanya. Heh saya kena usaha lebih gigih lagi nampaknya lain kali. Saya terus beredar tanpa menunggu ucap terima kasih dari mereka. Pandai-pandailah masuk kelas sendiri kehkeh.

Hari esoknya. Berdebar-debar jalan menuju 1 Fir. Kalau mereka mogok dan kelas kosong, boleh juga saya ke kantin minum-minum hahah. Gulp. Takut sebenarnya. Nanti penjaga buat demonsterasi pulak. 'Guru Bahasa Inggeris Gila Kuasa Campak Buku Pelajar Dan Bikin Mereka Menangis'. Fuh tajuk depan berita Metro mungkin. Sampai ke kelas, saya terus masuk dan dari ekor mata saya nampak ada pelajar di dalamnya. Tak berani nak tengok betul-betul takut penuh barisan depan saja. Heh semalam berapi cikgunya, hari ini membeku pulak.

Ketua kelas memberi salam. Diikuti suara makmumnya. Saya terkedu. Pertama, mereka tak pernah bagi salam. Kedua, suara makmum itu gegak gempitanya mengalahkan makmum di Masjid Besar Selangor. Apakah? Saya mendongak dari melihat buku rekod. Penuh. Tiket sold-out. Tak ada seat kosong. Eh jap ada. Seat belakang sekali ada tiga kosong. Ini kerja geng hardcore semalam. Tak mengapa, helah kedua saya akan menyusul nanti. Saya akan pastikan di hujung tahun nanti, kelas 1 Fir akan penuh. Heh cakap besar pulak teacher nih. Tampar nak?

Setelah menjawab salam dan menyuruh mereka duduk, saya berdiri di depan kelas, betul-betul di hadapan whiteboard. Saya memandang wajah mereka satu persatu. Memandang buku-buku di atas meja mereka, buku-buku yang sama yang saya campak semalam.

Saya: So these are the faces with dreams? / Jadi inilah muka-muka yang ada impian?

Sunyi. Mereka senyum.

Saya: Starting today, let's fill the empty pages of your books with dreams. / Bermula hari ini, mari penuhkan setiap helaian kosong buku kamu dengan impian.

Andai saya seorang guru.

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday: andai kau di sini.





If the Prophet Muhammad PBUH were among us today, what would he say to these?
And what would you say to him?
Have you done your part in defending Islam?
Even the smallest deed as praying for your brothers and sisters?
Have you today? 

Tuesday, August 9, 2011

miqael & izzah.

Miqael:
Engkaukah yang dulu mengikat kemas mimpi aku tiap kali ia terbang? Engkaukah yang kala itu bersepatu putih menadah awan setia bersama sewaktu kecil? Dan lewat aku kembali dari seberang mengejar mimpi yang kau sering tambatkan padaku, mengapa kutemu matamu yang redup dengan luka? Engkaukah itu yang memintal kenangan menanti seorang Iqbal?


Izzah:
Miqael, aku tak minta hatiku dicanting oleh sesiapa, tapi aku juga tak mampu menghalang sesiapa daripada melakar coraknya padaku. Iqbal itu hadir perlahan, saat hati seorang Izzah ini merusuh, hati yang belum kenal kasih hakiki. Kau juga seorang Miqael yang ironis - doktor muda kesayangan membalut hati sang pesakit, tapi hatimu sendiri berabad kau sembunyikan dari aku.

Sunday, August 7, 2011

izzah, iqbal & hanis.

Izzah:
Alamat itu sengaja aku hilangkan, kerana penerimanya bukanlah kau, Iqbal. Suratku untuk Tuhanku, supaya Dia sedar rapuhnya hatiku waktu itu, supaya Dia bisa menyayangi aku dengan setiap serpihan yang pecah itu. Siapa tahu, Allah akan membalas suratku dengan jawapan sebuah syurga.

Iqbal:
Jadikanlah kekasih pilihanku hari ini, kekasih pilihanku sehingga syurga. Biarlah seorang Hanis indah melukis pelangi petangku, sehingga hujan air mata seorang Izzah beransur pergi, tenang dalam takdirMu.

Hanis:
Bukankah kita yang berkata, setiap tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali pada asalnya? Dan bukankah kau yang berkata, Tuhan kembalikan aku pada kamu, Iqbal?

100 hari.

Assalamualaikum.

Agaknyalah Allah kadang-kadang tarbiyahkan kita dengan jalan yang tak disangka-sangka. Tengoklah Sham Kamikaze, dulu tindik sana-sini, jamak takyah dan jamak takdan, tapi sekarang dah boleh bagi ceramah agama. Wardina Safiyyah dulu first tengok dalam Spanar Jaya, gila chumil, tapi kain tak cukup heheh. Sekarang bertambah chantek dengan tudung. Irma Hasmie, Farah AF, dan Ashraf Muslim kesayangan. Eh lupa tunang orang kehkeh. Ramai kan orang yang dulu kau tengok gila macam tak beriman, tapi pastu Allah bagi hidayah, terus jadi berganda lebih beriman dari kau. Sebab tu jangan sibuk judge iman orang, kau nak ukur pakai apa? Termometer? Mesin penimbang kedai Ahmoi? Kau takleh judge sebab percayalah, Allah selalu punya rahsia. Entah hari ni iman dia kurang, esok iman dia bertambah, iman kau yang kurang. Hari ni dia tak solat, esok dia jadi imam dekat masjid, kau jadi deejay dekat nightclub. Anything can happen beb.

It takes only one Moslem man for the whole world to start believing in nasyed again. 

Dan agaknyalah hari ni Allah tarbiyahkan saya juga tanpa disangka-sangka ecehhh. Kau bayangkan, saya bukan nak mengata mana-mana stesen tv ye, tapi secara jujurnya, saya memang tak tengok TV1. Nombor satu dekat remote control tu pun cuma ditekan untuk mendapatkan channel Astro saje, maklumlah Astro channel nombor nak besar-besar, padahal takde banyak mana pun hahah. Tapi entah kerana limau barli yang saya sedang makan waktu itu atau kusyen empuk yang saya sedang enak duduk itu, saya 'ter'bukak TV1. Dan bermulalah sejarah saya menonton drama malam tadi bertajuk '100 Hari'.

Serius kalau korang tak tengok, rugi besar walaweyh. Memula saya macam konfius nak tengok TV3 ada cerekarama ke pebenda setiap sabtu, tapi sebab dah 'ter'tengok TV1 dulu, terus tak jadi tukar. Nak nak pulak Zulhuzaimy berlakon, memang kelass. Cerita ni mengenai kisah hidup dua orang lelaki dalam 100 hari terakhir sebelum malaikat maut mengambil nyawa mereka. Kisah seorang bos kaya dan pemandunya yang tidak tahu bahawa mereka telah ditakdirkan hanya punya 100 hari sahaja lagi untuk hidup, yang mana nyawa mereka akan ditarik serentak.

Yang menariknya adalah persediaan kedua lelaki ini menghadapi maut yang tidak disangka. Bukankah hidup ini seharusnya adalah persiapan menghadapi mati, maka walau kita tak tahu bila kita akan mati, kita mesti sentiasa bersedia. Barangkali itulah mesej drama ini. Kisah ini dihidangkan dalam bentuk enam kronologi di mana dipaparkan tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Setelah google, saya menjumpai info ini yang sebijik sebuntat sejibik sebutir setubir sama macam dalam cerita itu heheh. Terima kasih enchek google. Di sini saya kongsi;

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sumber: Klik sini.
Cerita ini sangat sedih, saya siap menanges cover-cover sebab abang saya sibuk join sekali hahah. Ini lagi ajaib, abang saya lagi tak tengok TV1, agaknya dia tak pernah tahu kewujudan channel ni. So kira ajaib sebab dia join saya tengok sampai habis sedang dia boleh saje tengok TV dalam bilik dia. Ini bermakna citarasa saya dalam memilih drama di TV memang unggul dan bermutu kehkeh.

Jika ada ulangan drama ni silalah tengok ya. Rajin-rajinlah intai cerita di TV1, mana tahu korang jumpa cerita lagi best, boleh share dengan saya. Dan siapa yang tengok cerita ni tadi, jangan mengada tak mengaku menangis, gila sedih part last-last tu ohh sebaknya.

Soalan trivia: Kalau kau mati kejap lagi, apa yang kau akan kesalkan? (Iqbalsyarie, 2011)

sampai syurga.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah so far solat tarawikh masih tak tinggal. Yang time tak sengaja tu takpelah nama pun orang pompuan, kalau puasa penuh nanti diragui pulak kesuburan sistem peranakannya heheh. Tapi tahun lepas seingat saya ada jugaklah saya tinggal secara sengaja, maksud saya tarawikh ye bukan puasa. Especially time dah hujung ramadhan tu, nafsu malas tu berada pada tahap optimum, sangat sesuai kalau bakteria nak membiak pun. So harapan saya pada tahun ni, tidak ada lagi tinggal tarawikh secara sengaja. InsyaAllah.

Dan di bulan ramadhan ni, selalu diingatkan agar kita merebut pahala yang ada kerana setiap satunya akan digandakan. Masa inilah nak kumpul banyak-banyak sebab enchek syaitan dah dipenjara. So tinggal nak kawal nafsu masing-masing. Perempuan ada sembilan nafsu huh, jadi adakah dugaan kami lebih besar? Jengjeng.

Sebut pasal nafsu, sebenarnya bukan bulan puasa je kena lepas ujian ni. Saya tengok ramai la update status berbuka dengan kekasih hati. Cess taulah saya takde kekasih huh saja je kan. Ada yang siap keluar bersahur sekali. Gila kat rumah mak kejut bangun sahur sampai bawak selimut ke dapur, tapi kekasih ajak, siap boleh bangun sejam awal nak bersiap. Siap rajin gosok baju takleh blah. Soalan cepucemas: Adakah saya jeles sebenarnya? Kehkeh. Jujurnya, saya jeles di minit pertama membaca status tersebut, tapi bersyukur di minit yang seterusnya dan sampai sekarang.

Iya, bersiap sedialah untuk mendengar ceramah tarawikh malam ni. Ehem ehem. Apakah makna sayang yang sebenarnya pada kamu? Salah satunya ingin melindungi bukan? Selalu ingin melindungi yang disayang biarpun kita yang terluka. Soalan saya;

Mungkinkah sayang yang sebenarnya adalah bila kita melindungi orang yang kita sayang, kasih dan cinta daripada disentuh api neraka?

Ada sesiapa yang boleh belikan/pimjamkan buku ni pada saya? Please, pretty please? Carik carik tak jumpa, orang kata kalau dah baca buku ni, most probably akan memilih cinta lepas kawin sahaja. Wah hebat tu!

Dan untuk melindungi mereka, apa salahnya kita korbankan masa bersama mereka, agar mereka terpelihara dari seksaan di akhirat. Jika ingin melindungi mereka, tak perlu pegang tangan mereka, sebaliknya peganglah hati mereka dalam diam. Imam Ghazali pernah berkata;

"Usahlah kalian sentuh seseorang wanita, sekalipun hatinya."

Terharu tak? Terharu? Terharu? Sebab hati wanita tu ada masa sangat rapuh, bila pegang akan berberai-berai, apatah lagi bila dihempas. Bila kalian sentuh hati seseorang wanita, kalian akan tinggalkan sesuatu yang bernama kenangan. Perempuan ni kalau bab hafazan memang terer. Sebab tu ramai budak laki suka duduk sebelah perempuan bila exam, nak menirulah beb hahah. Tak kesian ke kat kami kena hidup dalam kenangan tsk tsk.

Jadi bercintalah sampai syurga, sebab itu yang kekal. Maka tiadalah bulan lain yang lebih baik untuk berubah melainkan ramadhan. Apa salahnya kita terluka melepaskan yang kita sayang pergi seandainya itu mungkin melindunginya dari api neraka. Lainlah kalau dah memang nak kawen kan. Takdak sapa kisah, hang nikah la, lagi cepat lagi baguih. Tapi kalau nikah tu rasa cam lambat lagi, toksah la duk usung kekasih situ sana sini sinun. Korang tak sayang kekasih ke, nak biar dorang masuk api neraka? Sekarang memang bahagia, ketawa suka ria, tapi akhirat nanti ketawa ke? Ke menangis? At least kalau bulan puasa ni latih diri tak ngedate, mana tahu dah terbiasa lepas tu, terus tak ngedate langsung, kawin terusss hahah.

So bermula hari ini, selamatkanlah orang yang anda sayang, cinta dan kasihi dari api neraka. Takde istilah dah terlambat. Siapa tahu takdir kita macam Sarah, yang awalnya berpisah kerana Allah, kerana ingin melindungi agama, maka Allah satukan juga dia dan pasangannya di masa yang lebih sesuai. Itulah sayang yang sebenar, mudah-mudahan sampai ke syurga. Bestkan?

Salam ramadhan. Jangan lupa tahajjud malam ni. Eceh cakap kat orang, diri sendiri kang bangun 0430 pagi tutup alarm kehkeh.

Friday, August 5, 2011

ramadhan kareem.

Salam.

Alhamdulillah tahun ni berjaya kuatkan semangat tarawikh 20 rakaat di waktu malam. Kalau tahun-tahun lepas buat lapan rakaat tu rasa dah macam hebat gila lah kalah perasaan menang cabutan bertuah lagaknya. Erm walaupun hakikatnya sepanjang 23 tahun saya hidup saya cuma pernah menang cabutan bertuah sekali sahaja. Hahah ajaib sungguh. Cet memang tak bertuah langsung!

Tapi tahun ni special sikit sebab tarawikh di kampung. Dulu belajar di Shah Alam akan tarawikh dekat surau depan rumah sewa. Gila dekat, kami siap kira adalah dalam lima belas langkah dari pagar rumah kami. Jadi seronok lah kami boleh bertarawikh bersama, bukan apa kalau berjemaah ni khusyuk sikit, eceh!

Dan yang saya nak cerita ni sebenarnya tentang malam pertama tarawikh baru-baru ni. Alkisah saya tak dapat tarawikh di masjid sebab mak saya ada di perak malam tu, so saya anak penakut berhati-hati ni pun tak mau jalan sensorang ke masjid. So saya buat di rumah sahaja. Berkobar-kobar semangat sehh. Biasalah malam pertama heheh.

Tapi dah nama pun tarawikh, cuma setahun sekali iaitu dalam ramadhan kannnn. bukannya buat selalu. Saya pun dengan bersemangatnya nak buat penuh. First time ni, selalu buat lapan je dah lipat sejadah, duk depan tv, makan-makan, guling-guling heheh. Tapi yelah, tetiba tahun ni terasa nak buat penuh. Orang kata bila dah semakin banyak ibadah kita lakukan, bermakna semakin dekatlah jugak dengan kematian. Subhanallah saya mohon agar dipermudahkan urusan saya dunia akhirat, kerana saya sendiri pun sedar saya jauh lagi dari syurga yang abadi di sana. Masih banyak perjuangan yang perlu saya hadapi. Berjuang menentang nafsu dan syaitan.

Dan tengah saya solat sensorang dalam bilik tu, tetiba abang saya masuk bilik saya. Macam biasalah takde ketuk-ketuk dah, bilik saya abang saya lakukan seolah bilik mandi ye para pembaca. Wah saya memang hairan lah, abang saya dah selesai tarawikh sebelum saya, konfem buat lapan je tu. Eceh tengok kan dah riak di situ, tak pasal tengah solat pun berdosa free je. Tapi nasib saya istighfar dalam hati, abang saya tak dapat hidayah lagi tuh heheh. Tapi yang pelik beserta ajaib dan magika ialah saya perasan kenapa saya solat macam tak habis-habis je ni. Abang saya pun dah dua tiga kali masuk bilik cari saya, nak suh saya jadi babysitter lah tu jaga anak dia yang sangat annoying itu kahkah.

Dan akhirnya saya berjaya jugaklah habisnkan solat tarawikh dengan penuh malam tu. Cuma saya masih konpius sebab rasa cam ada yang tak kena. Rasa  cam lama sangatlah pulak. Orang jemaah kat masjid pun habis sama dengan saya padahal kalau buat sendiri kan patut habis lagi awal. Dan hari esok bila mak saya dah balik dari perak, dia ajak saya buat penuh. Wah saya pun setuju terus, yelah dah buat sendiri kan malam pertama hari tuh, eceh berlagak lagi. Tampar nak? Tapi bila dengar ayat mak saya tu, saya jadi blur kejap seolah memikir penyelesaian algebra. Mak saya tanya;

"Jadi tak nak buat penuh malam ni? Kita buat 20 lah ye. Cuba dulu. Selalu mak buat sorang, tahun ni kakak temankan mak pulak ye bla bla bla..."

Saya dah tak dengar dah pastu. Sebab saya baru sedar tarawikh penuh adalah 20 rakaat. Hah korang tau tak saya buat berapa rakaat malam pertama tuh? 30 RAKAAT!! HUH APAKAH KEGILAAN INI! Mentang lah tarawikh setahun sekali, pastu tak pernah nak buat penuh, konfiden pulak terlebih, saya ingat tarawikh penuh adalah 30 rakaat instead of 20. Ades macam mana boleh terlupa pun saya tak tahu. Padahal dah selalu dengar mak saya cerita pasal buat tarawikh 20 rakaat nih, saya dengan sukacita tambah lagi seploh kau. Huh dah jadi macam bid'ah pun ada, nak buat lebih dari Rasulullah SAW. Tapi saya ada terbaca, kalau tak sengaja tak apa kan, kan, kan? Heheh.

Dan sampai hari ni, saya tak cerita dekat mak saya, takut kena gelak guling-guling, pastu nanti mak saya akan bluetooth cerita tu dekat abang saya, dan dia akan memerli saya sehingga umur saya mungkin mencecah 80 tahun. Cess sangat tak best. So far, itulah kisah tarawikh yang paling tak masuk akal pernah terjadi dekat saya, tahun ni pulak tu. Macam budak tak cukup umur je pun ada, tarawikh penuh pun boleh tak ingat berapa rakaat huh. Apapun, selamat menjalani ibadah puasa, bukan tahan lapar dahaga sahaja, nafsu, pandangan, pendengaran, percakapan juga ya. Barakallahu lakuma.



Nota: Tahun ni seperti biasa masjid perumahan saya mengambil pelajar tahfiz sebagai imam jemputan, untuk melatih mereka dari muda. Ada tiga orang semuanya, bergilir-gilir dengan imam tetap. Yang paling muda tu macam budak sekolah rendah pun ada, tapi bacaan dia yang paling sedap. Ada sekali tu dia baca AlFatihah sehingga mata saya berair sebab rasa sayu (bukan sebab mengantuk ye heheh). Rasa macam nak record time dia baca, tapi nak record pebendanya tengah solat dush dush! Jom ramai-ramai solat tarawikh di Masjid At-Taqwa di perumahan saya kalau mahu mendengar bacaan beliau. Promosi hebat sila sila sebelum terlambat!! Ok fine tak kelakar, kau ingat jual kuih raya ke, effa??

Selamat sahur!

Sunday, July 31, 2011

izzah & iqbal.

Izzah:
Kerana kamu adalah lagu yang sering bermain perlahan dahulu, melayahkan warnamu atas kertas hatiku. Kembalinya aku hanya sekadar menitip satu doa agar kau juangkan bahagiamu hingga ke syurga, meski bidadari yang menantimu di sana bukanlah aku.

Iqbal:
Aku tidak punya sayap lebar sepertimu, lalu saat kau terbang aku hanya mampu melihat. Dan kini setelah aku berteduh damai di sayap yang lainnya, kau kembali mengusung beratus pucuk surat yang tidak pernah kau alamatkan. Mengapa Izzah? Mengapa mesti sekarang?

Saturday, July 30, 2011

izzah & iqbal.

Izzah:
Aku mahu kau menjadi seorang Iqbal yang imannya seteguh tembok besar China. Yang meski jalannya tidak menemukannya dengan ku, tidakkan dia berlari walau selangkah dari Allah.

Iqbal:
Kau adalah sungai Nil yang tenang, tapi alurmu merekah pilu tembok teguh dalam hati. Lalu ku binakan tembok yang baru jauh dari kamu, Izzah, agar kau tak bisa kembali.

Wednesday, July 27, 2011

kedewasaan juga datang dengan kesakitan.

Saya fikir, kedewasaan itu pahit. Bukankah? Tapi di penghujungnya nanti mungkin ada kemanisan yang menanti. Mungkin sahaja. Ada kemenangan yang masih belum kelihatan di sini. Dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak akan terengkuhnya sesuatu yang bukan milik kita. Benarkah? Saya masih mencari.

Baru selesai nonton filem ini. Terkesan bangat deh. Sobsob. Ramai yang mengkritik hebat filem yang digarap dari novel ini sebagai mencalarkan imej Islam serta memberikan gambaran buruk kepada orang ramai tentang betapa tidak adilnya Islam kepada wanita. For me, saya tak setuju. Filem ini pada saya hanya memaparkan bagaimana sesetengah penganut Islam sendiri yang keliru dengan ajaran Islam yang sebenar. Islam itu tidak mengajar umatnya membelakangkan wanita sebaliknya umatnya sendiri yang menyalahertikan ajaran Islam yang sebenarnya. Nah, berbeda bukan? Heheh. Ini sama sekali bertentangan dengan kritikan ramai terhadap filem ini. Sila nonton banyak kali ya ibu-ibu sama bapak-bapak. Ngartikanlah maksud yang tersirat itu donk. Aadapun masih ramai yang salah faham akan ajaran Islam yang sebenar maka itu yang ditonjolkan di dalam filem ini. Usah ribut-ribut, nggak perlu lihat yang salah aja, coba carikan yang bermanfaat yang bisa dipelajari dari kisahnya. Cess dah macam bibik rumah depan pon ada bunyiknya kehkeh.




Nota: Ada beberapa babak Anissa yang tidak begitu terkesan bagi saya, tak tahulah kenapa. Tapi Khudori memang seorang suami idaman. Heheh boleh masuk senarai sama macam Ashraf Muslim.  

of crayons and perfume, and everything in between.

I was seven. I had the word LOSER plastered on my forehead in capital letters. I wasn't the bright perky smart kid whom every mothers wish would be theirs. I was quiet, even my footsteps weren't heard. And I was dumb. I couldn't spell and write well. I have zero friends.

Back then, my weakest subject was English. Yup, amazing isn't it that I grew up being actually pretty good at it hahaha. I remember it like it was yesterday. The smell of chalks, the scraping of desks, and the long orange ruler. And I remember that one day, the day I met her.

It was supposed to be an easy task. You just had to match the pictures with the words. Ruler-ruler, eraser-eraser kind of stuff. But like I said, I was dumb. So it took several failed attempts, and the teacher kept asking me to redo until I had them all correct but she wouldn't tell me why they were wrong. And I couldn't ask anybody else because...I never talk to them.

I was getting tired and my book was a mess by then. Miraculously, nobody came and helped me. What a snob hahaha. And the next thing I knew, a girl came and gave me the answers to every question. I knew she was a girl by her voice but I wouldn't dare to look up. And I also heard other kids telling her to stop helping me. The reason? Well they said that if you helped a dumb kid, you'll turn dumb as well. That's like the dumbest thing ever right? So I thought yeah this is it, she's going to walk away now. Bye-bye saviour.

But she stayed there with me, telling them that it's okay, that she wants to help. So at the end I braved myself and looked up. She was smiling, and at that time I thought that she was the most beautiful girl I've ever met. That's when I realized who she was - she was the most popular girl in class, with pretty face and good brain. And here she was, talking to me, or rather helping me out.

"Best friends are people who make your problems their problems, just so you don't have to go through them alone."

After that fateful day, we became the best of friends. I didn't know how it happened, or what is it that she saw in me, but she stuck to my side like glue. So I began to open up to her, I slowly let her in to my bleak and mysterious world. And she - she brought colours into my life. And soon I found out that I was actually a fast learner, I just started a bit late than the others. So sometimes we would take turn on who got number one in class. Sometimes she scored the highest, sometimes me.

We made it all the way to high school. And then something changed between us. I'm telling you, high schools are evil. They turn allies into enemies. The competitions are tough, the pressure was mountain high, and we got lost in them. We became distant, like strangers. Then one day she just moved to a different school. I thought we were through.

But then I guess we grew up and fate gave us a second chance. We met again at the same matriculation. We were close again, I had a sleepover in her dorm, and life was great. Then I had to leave matriculation to enroll into TESL programme. And we both cried on my last night there. We promised to keep in touch.

But like any other promises, it was difficult to hold on to. We got caught up with our own lives, and years of separation pulled us further apart. For five years, I didn't see her or heard anything about her. She was gone, again.

This year, I met her. On her engagement day. She still had that same smile when she was seven. She looked nervous, yet I knew she was happy, that was probably one of her happiest days ever. Then it hit me - if I hadn't been such a nerd back then, I wouldn't have met my best friend.

Being a nerd taught me one thing - treat people the way you want them to treat you.  

Tuesday, July 19, 2011

the ambivalence of wedding.

Adakah tahun ini tahun berkahwin/bertunang secara berjemaah? Kawan sekolah rendah, sekolah menengah sampai la universiti pun sibuk nak kahwin. Adakah saya telah terlepas berita di harian metro tentang kehebatan berkahwin pada tahun 2011? Hahah. Dan bestnya saya asyik dijemput, bermakna asyik dapat makan free. Huh itulah orang melayu, asal free je seronok, asal seronok je free. Tapi saya tak, saya baik. Saya pergi sebab takut nanti time saya kahwin takde sapa pulak nak pergi. Heheh. Karma beb.

"I love being married. It's so great to find that one special person you want to annoy for the rest of your life."  - Rita Rudner

Tapi dalam seronok jumpa member lama, makan-makan, gosip sikit, makan-makan, ambik gambar, makan-makan lagi, usik-mengusik, makan-makan, dan erm, err, ehem makan lagi. Ish banyak betul dorang ni makan, saya tak, saya baik. Right, dalam sibuk makan tu, macam biasa lah yang tak kahwin/tunang lagi ni secara automatik, drastik, dan bombastik akan dilastik dengan soalan cepumas yang kalau jawab tak dapat pun emas huh. Turn ko bila pulak? Nasi minyak ko mana? Jengjeng. Adakah saya rasa nak sorok muka dalam dapur? Err tak kut. Tapi dapur best jugak banyak makanan. Dan jugak buat-buat rajin tolong makcik-makcik kat dapur, manalah tahu dorang ada anak yang soleh alim lagi hensem, mesti markah saya naik di situ, iye tak? Hahah. Ok tak kelakar. Ini angan mat jenin cess.

Dan di saat kekalutan mencari jawapan standard seperti, lahh tunggu ko anak seploh dulu, atau, aku tak abes belajar lagi, atau, ko pehal nak kena belasah tanya soklan sensitip nih? Eh yang last tu imaginasi saja, takde orang buat lagi kut. Right, dalam kalut-kalut tu, saya pun teringat zaman saya belajar sarjana muda dulu, time tu duduk rumah sewa, hanya kami bertiga termasuk saya yang masih single mingle ecehh. So kami anak dara single ni banyak la duduk rumah, yelah takde boifren, tak la pergi dating kan heheh. Dah duk rumah, kalau layan facebook je duapuluhpatjam pun bosan juga. Lalu kami pun selalu la bukak table, erti kata lain, sharing is caring chewahh.

Tak jeles ke weh orang lain ada boifren? Hah kami ada je dalam merapu tu masuk bab ni. Serius, jawapan kami selalu sama. Jeles lah gak seposen. Boleh bermanja-manja ecehh. Tapi pastu kitorang pun fikir lagi, tapi kan tengok orang lain couple ko tak rasa rugi ke? Pegang tangan, keluar berdua, kan berdosa tu? Dah jadi maksiat pulak. Hah inilah soalan yang kami sering utarakan sesama sendiri, dah macam forum pulak kan hahah. Dan kami simpulkan di situ bahawa tuhan itu mungkin sangat sayangkan kami, kerana itu kami masih single, jauh dari maksiat, tak bukakan hati kami untuk terima mana-mana lelaki selagi kami belum bersedia sepenuhnya. Iyelah nak bersedia apanya, belajar pun tak habis lagi time tu. Tapi tetap kami tak pernah pandang serong pada member lain yang couple. Kami masih lagi berkawan berkepit dan bergosip bersama kerana kami pun sedar bahawa mereka itu sedang diuji. Tak bermakna kami tak bercouple itu kami manusia oh sangat baik alim dan solehah huh. Sebab kami sedar, sangat sedar sebenarnya, bahawa seandainya ditakdirkan kami pulak yang bercouple, siapa tahu kami pun akan buat benda yang sama, pegang tangan dan keluar berdua misalnya. Cakap memang senang, cuba kalau kami di tempat mereka, mungkin lebih teruk? Jengjeng. So soalan ini tak pernah dapat kami jawab sepenuhnya, sama ada adakah kami pun akan melakukan perkara yang sama jika kami bercouple, mendekati maksiat itu? Kami memang tak tahu sebab kami tak reti nak nilai tahap iman sendiri. Mampu ke tahan godaan tu nanti? Gulp, takut weh.

So at the moment, i'm just grateful for everything. Untuk dibesarkan dalam keluarga beragama, sahabat yang memahami saling menasihati mengingati, peluang sambung belajar, banyak lah. Yes hidup saya tak sempurna. Saya pernah hilang beberapa perkara dalam hidup, tapi saya juga dianugerahkan banyak perkara lain dalam masa yang sama. Cuba korang bayang, di saat korang rasa kehilangan, sahabat-sahabat korang datang dan tidak tegar meninggalkan korang sendiri, malah mereka permudahkan jalan anda mendekati tuhan. Tak terharu ke, beb? Instead of ajak saya pergi clubbing untuk release tensen ke, ajak jalan-jalan buang masa ke, suh cari boifren ke, nope they didn't. The first thing they did was, dorang ingatkan saya tentang tetapan tuhan sebagai yang terbaik, and for this, i love them for life. And of course lepas mood serius itu berlalu, keluar la idea merapu tipikal mereka, pergi balas dendam lah, pergi tackle ashraf muslim lah, dan idea lain yang tak perlu dinyatakan di sini atas ketidakwarasan mereka hahah. And i love them for that, too. Sebab itu bermakna mereka mahu saya move on and stop taking it too seriously dan teruskan ketawa sebab ada yang lebih baik nanti. Itukan janiji tuhan, remember?

So next time pergi kenduri kahwin, kalau ada tanya turn korang, jawab je lah, dua tahun lagi, Pastu lepas dua tahun, kalau dorang tanya, jawablah dua tahun lagi, dah sampai dua tahun, jawab dua tahun lagi, sampailah korang betul-betul kahwin seploh tahun kemudian hahah, ok tak kelakar. Actually jawab jelah, itu semua tuhan je yang tahu, bila sampai jodoh yang tepat, pada masa yang sesuai, saya kahwin okke, makcik? Makcik doakan lah saya boleh? By the way makcik ada anak lelaki alim pandai masak dan hensem yang single? Ada tak? Ada? Ada? Ehem duduk jauh sikit masa tanya nih takut makcik tu bagi flying kick heheh.

Bulan seploh bestfren dari kecik nak kahwin, kenal dari darjah satu wooh. Future entry saya cerita pasal kawan saya ini and how we first met hukhuk.

Tuesday, July 12, 2011

every end is a new beginning.

Saya sanggup bertaruh seploh ringgit bahawa semua orang pun pernah rasa kehilangan. Apa dia? Seploh ringgit saja kata kau? Untuk insan kerdil lagi hina yang masih taraf seorang pelajar, seploh ringgit tu boleh beli dinner untuk tiga malam tau huh.

Right, ada yang hilang kasih sayang, hilang identiti, hilang ingatan, hilang insan tersayang, hilang dompet, hilang anak kucing, haish banyak lah kalau nak senaraikan. Saya juga pernah kehilangan, ecehh. Banyak perkara yang saya pernah hilang, tapi perkara paling bermakna yang pernah saya hilang adalah diri saya sendiri.

Orang bijak pandai ada berkata, fakir yang sebenar-benarnya adalah fakir jiwa. Fakir harta tak mengapa, tapi andai fakir jiwa, amatlah rugi. Iya sabar, saya akan terangkan apa itu fakirnya jiwa. Fakir jiwa itu apabila anda kehilangan sesuatu dalam hidup anda, anda seolah-olah kehilangan segala-galanya. Amatlah rugi, bukan. Sedangkan SEGALA yang kita ada hanyalah PINJAMAN. Dan sedia maklum bahawa bila namanya PINJAMAN, haruslah dipulangkan kembali kepada pemilik asalnya, tak gitu donk?

Lalu saya manusia yang lemah ini pun pernah terlupa. Saya sebenarnya cukup beruntung. Berpuluh tahun saya bernafas, antara perkara yang saya hilang tidaklah besar mana pun jika dibandingkan dengan manusia lain. Tapi sebab jaranglah nak bersyukur tu, one day sesuatu yang sangat bermakna bagi saya (pada masa itulah heheh), telah diambil kembali. Dan sayangnya, dengan hilangnya sesuatu itu, saya kehilangan diri saya sendiri. Saya menjadi fakir yang sebenar-benarnya fakir iaitu fakir jiwa. Justeru saya terlupa siapa diri saya untuk satu waktu yang gelap. Andai kini saya imbas kembali waktu itu, saya macam tak percaya itu saya. Betapa hati saya mampu dikucar-kacirkan oleh ujian sekecil itu. Alhamdulillah, tuhan sangat sayangkan saya. Waktu itu akhirnya berlalu juga.

You can make the jump anytime, but make sure it's worth it.

Yang ingin saya tulis di sini ialah di saat dunia terasa kosong, carilah Allah. Tolonglah cari Allah, saya mohon. Kerana itulah yang menyelamatkan saya. Bisa saja saya menjadi manusia liar, merajuk dengan takdir mahupun bertukar menjadi seorang pemberontak. Dan mereka inilah yang memimpin saya mencari Allah. Mereka yang saya panggil sebagai sahabat. Tak kiralah sahabat anda pakai tudung ke, tak pakai ke, asal dari sekolah agama ke, atau pakai short skirt ke, ataupun solat dia tak cukup lima waktu pun, asalkan dia bukakan jalan kita kepada Allah, lalu laluilah jalan-jalan tersebut.

Pernah tak anda terfikir macam, elehh boleh pulak nak nasihat gua, lu pun pergi clubbing. Ataupun korang akan cakap, alah aku nak cari ketenangan, konpem lah minah ni tak boleh tolong, dia pun pakai seksi meksi mana nak tenang hidup dia. Ehh tolong stop okay. Sebab dalam waktu saya kehilangan dahulu, semua sahabat saya secara automatik dan drastik telah membuka jalan yang maha luas kepada Allah. Tak kiralah yang pakai tudung labuh ke, dah seploh tahun tak mengaji ke, tak pernah pergi masjid ke, mereka telah bukakan jalan-jalan itu ecehh.

Therefore, please suspend your judgment. Yang judge itu biarlah Allah sahaja, okay. Tak perlu rasa anda baik sopan santun pijak semut anda yang pengsan, tak perlu. Sebab cuba anda fikir, mungkin anda tak ponteng solat sebab tak ada rakan anda yang ajak, anda tak couple buat ringan-ringan kerana tak ada orang berkenan kat korang. Anda mungkin hanya tak berbuat demikian kerana kesempatan itu tak singgah dalam hidup korang. Ujian tu tak datang pada anda. Macam mana kalau one day nanti anda bercouple pastu sedar-sedar anda pun buat perkara yang sama. Atau tetiba dapat member baru ajak ponteng solat sebab nak tengok wayang. Siapa tahu dalam situasi begitu, anda kalah. Hanya kerana anda solat lima waktu, anda tak ada hak untuk judge mana-mana hamba Allah yang lain, kerana mungkin anda tidak diuji seperti mereka lagi. Tapi kamu boleh nasihat, itu free of charge heheh. Nak dengar tak nak itu depends on them.

Cerita kehilangan itu saya sudah tutup bukunya. Simpan dalam library atas rak paling tinggi. Bila-bila saya rasa lupa diri macam hebat sangatlah konon sampai puncak tinggi amat, saya akan terpandang buku tersebut. Dan ingat siapa saya dahulu. Ingat bahawa saya juga boleh jatuh cedera dan luka. Dan dengan tutupnya buku tersebut, bermulalah tulisan baru ini di laman yang baru pula. Every end is a new beginning, no?