Alhamdulillah tahun ni berjaya kuatkan semangat tarawikh 20 rakaat di waktu malam. Kalau tahun-tahun lepas buat lapan rakaat tu rasa dah macam hebat gila lah kalah perasaan menang cabutan bertuah lagaknya. Erm walaupun hakikatnya sepanjang 23 tahun saya hidup saya cuma pernah menang cabutan bertuah sekali sahaja. Hahah ajaib sungguh. Cet memang tak bertuah langsung!
Tapi tahun ni special sikit sebab tarawikh di kampung. Dulu belajar di Shah Alam akan tarawikh dekat surau depan rumah sewa. Gila dekat, kami siap kira adalah dalam lima belas langkah dari pagar rumah kami. Jadi seronok lah kami boleh bertarawikh bersama, bukan apa kalau berjemaah ni khusyuk sikit, eceh!
Dan yang saya nak cerita ni sebenarnya tentang malam pertama tarawikh baru-baru ni. Alkisah saya tak dapat tarawikh di masjid sebab mak saya ada di perak malam tu, so saya anak
Tapi dah nama pun tarawikh, cuma setahun sekali iaitu dalam ramadhan kannnn. bukannya buat selalu. Saya pun dengan bersemangatnya nak buat penuh. First time ni, selalu buat lapan je dah lipat sejadah, duk depan tv, makan-makan, guling-guling heheh. Tapi yelah, tetiba tahun ni terasa nak buat penuh. Orang kata bila dah semakin banyak ibadah kita lakukan, bermakna semakin dekatlah jugak dengan kematian. Subhanallah saya mohon agar dipermudahkan urusan saya dunia akhirat, kerana saya sendiri pun sedar saya jauh lagi dari syurga yang abadi di sana. Masih banyak perjuangan yang perlu saya hadapi. Berjuang menentang nafsu dan syaitan.
Dan tengah saya solat sensorang dalam bilik tu, tetiba abang saya masuk bilik saya. Macam biasalah takde ketuk-ketuk dah, bilik saya abang saya lakukan seolah bilik mandi ye para pembaca. Wah saya memang hairan lah, abang saya dah selesai tarawikh sebelum saya, konfem buat lapan je tu. Eceh tengok kan dah riak di situ, tak pasal tengah solat pun berdosa free je. Tapi nasib saya istighfar dalam hati, abang saya tak dapat hidayah lagi tuh heheh. Tapi yang pelik beserta ajaib dan magika ialah saya perasan kenapa saya solat macam tak habis-habis je ni. Abang saya pun dah dua tiga kali masuk bilik cari saya, nak suh saya jadi babysitter lah tu jaga anak dia yang sangat annoying itu kahkah.
Dan akhirnya saya berjaya jugaklah habisnkan solat tarawikh dengan penuh malam tu. Cuma saya masih konpius sebab rasa cam ada yang tak kena. Rasa cam lama sangatlah pulak. Orang jemaah kat masjid pun habis sama dengan saya padahal kalau buat sendiri kan patut habis lagi awal. Dan hari esok bila mak saya dah balik dari perak, dia ajak saya buat penuh. Wah saya pun setuju terus, yelah dah buat sendiri kan malam pertama hari tuh, eceh berlagak lagi. Tampar nak? Tapi bila dengar ayat mak saya tu, saya jadi blur kejap seolah memikir penyelesaian algebra. Mak saya tanya;
"Jadi tak nak buat penuh malam ni? Kita buat 20 lah ye. Cuba dulu. Selalu mak buat sorang, tahun ni kakak temankan mak pulak ye bla bla bla..."
Saya dah tak dengar dah pastu. Sebab saya baru sedar tarawikh penuh adalah 20 rakaat. Hah korang tau tak saya buat berapa rakaat malam pertama tuh? 30 RAKAAT!! HUH APAKAH KEGILAAN INI! Mentang lah tarawikh setahun sekali, pastu tak pernah nak buat penuh, konfiden pulak terlebih, saya ingat tarawikh penuh adalah 30 rakaat instead of 20. Ades macam mana boleh terlupa pun saya tak tahu. Padahal dah selalu dengar mak saya cerita pasal buat tarawikh 20 rakaat nih, saya dengan sukacita tambah lagi seploh kau. Huh dah jadi macam bid'ah pun ada, nak buat lebih dari Rasulullah SAW. Tapi saya ada terbaca, kalau tak sengaja tak apa kan, kan, kan? Heheh.
Dan sampai hari ni, saya tak cerita dekat mak saya, takut kena gelak guling-guling, pastu nanti mak saya akan bluetooth cerita tu dekat abang saya, dan dia akan memerli saya sehingga umur saya mungkin mencecah 80 tahun. Cess sangat tak best. So far, itulah kisah tarawikh yang paling tak masuk akal pernah terjadi dekat saya, tahun ni pulak tu. Macam budak tak cukup umur je pun ada, tarawikh penuh pun boleh tak ingat berapa rakaat huh. Apapun, selamat menjalani ibadah puasa, bukan tahan lapar dahaga sahaja, nafsu, pandangan, pendengaran, percakapan juga ya. Barakallahu lakuma.
Nota: Tahun ni seperti biasa masjid perumahan saya mengambil pelajar tahfiz sebagai imam jemputan, untuk melatih mereka dari muda. Ada tiga orang semuanya, bergilir-gilir dengan imam tetap. Yang paling muda tu macam budak sekolah rendah pun ada, tapi bacaan dia yang paling sedap. Ada sekali tu dia baca AlFatihah sehingga mata saya berair sebab rasa sayu (bukan sebab mengantuk ye heheh). Rasa macam nak record time dia baca, tapi nak record pebendanya tengah solat dush dush! Jom ramai-ramai solat tarawikh di Masjid At-Taqwa di perumahan saya kalau mahu mendengar bacaan beliau. Promosi hebat sila sila sebelum terlambat!! Ok fine tak kelakar, kau ingat jual kuih raya ke, effa??
Selamat sahur!

30???!!! ok. xtercapai dek akal.
ReplyDeletetett~~ (X___X")
silalah capai. hukhuk.
ReplyDeletegimana temunya belog ini donk? misteri non. ;p